Holosen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Subbahagian kala Kuaternar
Kala/
Zaman
Siri/
Epok
Peringkat/
Usia
Usia (Ma)
Kuarternar Holosen Meghalayan 0 0.0042
Northgrippian 0.0042 0.0082
Greenlandian 0.0082 0.0117
Pleistosen 'Atas' 0.0117 0.129
Chibanian 0.129 0.774
Calabrian 0.774 1.80
Gelasian 1.80 2.58
Neogen Pliosen Piacenzian 2.58 3.60
Notes and references[1][2]
Subbahagian Zaman Kuaternar berdasarkan ICS, Mei 2019.[1]

Bagi Holosen, masa adalah disandarkan kepada tahun 2000 (contohnya, Greenlandian bermula 11,700 tahun sebelum tahun 2000). Bagi Northgrippian, masa 8,236 tahun sebelum tahun 2000 telah ditetapkan sebagai masa permulaan.[2] Masa Meghalayan telah ditetapkan 4,250 tahun sebelum tahun 2000.[1]

'Tarantian' ialah satu nama tidak rasmi untuk suatu peringkat/usia yang dicadangkan untuk menggantikan nama yang sama tidak rasmi peringkat/usia 'Pleistosen Atas'.

Di Eropah dan Amerika Utara, Holosen dibahagi lagi kepada peringkat-peringkat Praboreal, Boreal, Atlantik, Subboreal, dan Subatlantik mengikut skala masa Blytt-Sernander. Terdapat banyak subbahagian serantau untuk Pleistosen Atas atau Akhir, biasanya mewakili zaman-zaman dingin (glasial) dan panas (interglasial) setempat. Zaman glasial terakhir berakhir dengan subperingkat Dryas Muda yang dingin.

Templat:Holosen

Holosen ialah epok geologi yang bermula kira-kira 11,700 tahun dahulu[3] (10 000 tahun 14C dahulu). Mengikut pemikiran geologi kebiasaan, epok Holosen berterusan hingga hari ini. Holosen ialah sebahagian zaman-zaman Neogen dan Kuaternar periods. Nama Holosen berasal dari bahasa Yunani, iaitu ὅλος (holos, seluruh atau sepenuh) dan καινός (kainos, baru), iaitu "terkini sepenuhnya". Epok Holosen sering dikaitkan dengan zaman panas semasa, dikenali sebagai MIS 1, juga dianggap sebagai tempoh antarglasier dalam zaman ais semasa.

Am[sunting | sunting sumber]

Ramai yang setuju bahawa Holosen bermula kira-kira 12,000 tahun SK (sebelum masa kini), iaitu sekitar tahun 10,000 SM, mengikuti tempoh pengglasieran Wisconsin (juga dikenali sebagai Zaman Ais Baltik-Scandinavia atau glasial Weichsel). Holosen juga terbahagi kepada lima selang masa atau kronozon, berdasarkan perubahan iklim:

Perhatian: "ka" bererti "ribu tahun" (pentarikhan C14 tak tertentukur)

Zaman ketamadunan manusia wujud dalam zaman Holosen sahaja. Bagaimanapun, telah ditemui beberapa batang seruling yang dihasilkan kira-kira 20,000 hingga 25,000 tahun dahulu, oleh itu dianggap sebagai alat muzik terawal. Pengelasan zaman iklim Blytt-Sernander yang mula-mulanya ditentukan mengikut usia bangkai tumbuhan dalam lumut gambut, kini tinggal kepentingan bersejarah semata-mata. Skim ini ditakrifkan untuk Eropah utara, tetapi diakui bahawa perubahan iklim dialami di seluruh dunia. Zaman-zaman yang ditentukan oleh skim ini merangkumi sebilangan kecil ayunan terakhir pra-Holosen dalam zaman glasial terakhir, kemudian mengelaskan iklim-iklim prasejarah lanjutan.

Para ahli paleontologi tidak menetukan apa-apa peringkat fauna untuk zaman Holosen. Jika perlunya pembahagian lagi, maka digunakanlah zaman-zaman perkembangan teknologi manusia seperti zaman-zaman Mesolitik, Neolitik, dan Gangsa. Itupun, zaman-zaman yang dimaksudkan oleh istilah-istilah tersebut adalah berbeza-beza mengikut penciptaan teknologi-teknologi tersebut di tempat-tempat berlainan di dunia.

Dari segi iklim, zaman Holosen juga boleh dibahagikan sama rata kepada zaman-zaman Hipsitermal dan Neoglasial; sempadan antaranya bersempena dengan permulaan Zaman Gangsa dalam tamadun Eropah. Pada pendapat sesetengah ilmuwan, timbulnya bahagian ketiga iaitu Antroposen yang bermula pada abad ke-18.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Cohen, K. M.; Finney, S. C.; Gibbard, P. L.; Fan, J.-X. (January 2020). "International Chronostratigraphic Chart" (PDF). International Commission on Stratigraphy. Dicapai pada 23 February 2020.
  2. ^ a b Mike Walker; dll. (December 2018). "Formal ratification of the subdivision of the Holocene Series/Epoch (Quaternary System/Period)" (PDF). Episodes. Subcommission on Quaternary Stratigraphy (SQS). 41 (4): 213–223. doi:10.18814/epiiugs/2018/018016. Dicapai pada 11 November 2019. This proposal on behalf of the SQS has been approved by the International Commission on Stratigraphy (ICS) and formally ratified by the Executive Committee of the International Union of Geological Sciences (IUGS).
  3. ^ "International Stratigraphic Chart" (PDF). International Commission on Stratigraphy. Dicapai pada 2009-12-23.
  4. ^ Fred Pearce (2007). With Speed and Violence. Page 21. ISBN 978-0-8070-8576-9

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikisource-logo.svg
Wikisource mempunyai sumber asli 1911 Encyclopædia Britannica teks berkaitan kepada: Holocene.

Templat:Quaternary Footer