DualShock

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

DualSchock (dikenali sebagai DUAL SHOCK) adalah padpermainan oleh Sony untuk konsol permainan PlayStation, PlayStation 2 dan PlayStation 3. DualSchock telah diperkenalkan di Jepun pada akhir tahun 1997 dan dilancarkan di pasaran Amerika Utara pada Mei 1998. Pertama diperkenalkan sebagai bahan tambahan untuk PlayStation yang asli. Pada Jun 2008, lebih dari 28 juta DualShock telah terjual (tidak termasuk bersama konsol).

Model[sunting | sunting sumber]

DualShock[sunting | sunting sumber]

DualShock (SCPH-1200) ialah alat kawalan mampu memberikan maklum balas berdasarkan tindakan di skrin dari permainan (jika permainan menyokongnya). DualShock dicipta untuk konsol pertama Sony iaitu PlayStation.

DualShock 2[sunting | sunting sumber]

Apabila PlayStation 2 sistem hiburan komputer telah diumumkan, DualShock 2(SCPH-10010) boleh didapati dengan konsol . DualShock 2 hampir sama dengan DualShock yang sebelumnya, kecuali ia berwarna hitam (warna telah datang kemudian).

DualShock 3[sunting | sunting sumber]

Diumumkan pada tahun 2007 di Tokyo Game Show, DualShock 3 (SCPH-98050/CECHZC2) ialah padpermainan untuk konsol permainan video PlayStation 3 yang menggabungkan rekaan dan ciri-ciri alat kawalan Sixaxis dengan kemampuan teknologi Haptic daripada DualShock dan DualShock 2.