PlayStation

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini ialah mengenai jenama "PlayStation" . Untuk konsol tahun 1994, sila lihat PlayStation (konsol).
PlayStation
PlayStation logo.svg
PlayStation Wordmark.svg
Jenis produk Konsol permainan video
Syarikat penerbitan
(Filem dan siri TV)
Pemilik Sony Interactive Entertainment
Negara asal Minami-Aoyama, Minato, Tokyo, Jepun
Diperkenalkan Disember 3, 1994; 22 tahun yang lalu (1994-12-03)
Pasaran Seluruh dunia

PlayStation (Bahasa Jepun: プレイステーション Hepburn: Pureisutēshon?, dipendekkan secara rasmi sebagai PS) adalah sebuah jenama permainan video yang terdiri daripada empat buah konsol permainan video, dua buah konsol permainan video mudah alih, sebuah peranti telefon pintar serta beberapa buah majalah rasmi. Ianya dicipta dan dimiliki oleh Sony Interactive Entertainment semenjak 3 Disember 1994, pada masa konsol pertama Sony, PlayStation dilancarkan di Jepun[1]

Konsol asal dalam siri produk ini merupakan konsol permainan video pertama yang mencapai hasil jualan sebanyak 100 juta unit, 9 tahun dan 6 bulan selepas pelancaran rasmi[2]. Pengganti kepada konsol asal, PlayStation 2, yang dikeluarkan pada tahun 2000, merupakan antara konsol yang paling laris di pasaran, mencapai hasil jualan lebih daripada 155 juta unit sejak 28 Disember 2012[3]. Konsol PlayStation 3 yang merupakan pengganti kepada konsol PlayStation 2, dikeluarkan pada tahun 2006, telah terjual lebih daripada 80 juta unit di seluruh dunia setakat November 2013[4]. Manakala, konsol terkini dari Sony, PlayStation 4, yang dikeluarkan pada tahun 2013, telah terjual sebanyak 1 juta unit pada masa 24 jam pertama selepas pelancaran, dan merupakan konsol yang paling cepat terjual dalam sejarah[5].

Konsol mudah alih pertama di bawah jenama ini, dikenali sebagai PlayStation Portable (PSP), telah terjual sebanyak 80 juta unit setakat November 2013[6]. Penggantinya, PlayStation Vita, yang telah dilancarkan di Jepun pada 17 Disember 2011 dan kebanyakkan kawasan lain pada bulan Februari 2012, telah terjual lebih dari 4 juta unit setakat Januari 2013[7]. Sony juga mengeluarkan sebuah mikrokonsol yang dikenali sebagai PlayStation TV[8]. Selain itu, peranti lain yang dikeluarkan di bawah jenama PlayStation termasuklah PlayStation X, iaitu sebuah perakam video digital yang diintergrasikan dari konsol PlayStation dan PlayStation 2 dan hanya dikeluarkan di kawasan Jepun sahaja.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Business Development/Japan". Sony Computer Entertainment Inc. Diarkibkan daripada original pada 17 Disember 2007. Dicapai pada 19 Disember 2007. 
  2. ^ "PlayStation 2 Breaks Record as the Fastest Computer Entertainment Platform to Reach Cumulative Shipment of 120 Million Units" (PDF) (Press release). Sony Computer Entertainment. November 30, 2005. Diarkibkan daripada original (PDF) pada December 23, 2009. Dicapai pada June 8, 2008. 
  3. ^ "NeoGAF". NeoGAF. Dicapai pada 22 Januari 2017. 
  4. ^ "Now PS3 sales reach 80m units". Market for Home Computing and Video Games. 6 November 2013. Dicapai pada 6 November 2013. 
  5. ^ "PLAYSTATION®3 SALES REACH 80 MILLION UNITS WORLDWIDE". Sony Computer Entertainment. Diarkibkan daripada original pada 3 Disember 2013. Dicapai pada 19 April 2017. 
  6. ^ rossmcguinness20 (27 November 2013). "Xbox One v PlayStation 4: Who will win the next-gen console race? - Metro News". Metro. 
  7. ^ Keith Stuart (4 Januari 2013). "PlayStation 2 manufacture ends after 12 years". the Guardian. 
  8. ^ "News: Sony announces PS Vita TV microconsole". ComputerAndVideoGames.com. 9 September 2013. Dicapai pada 2 Oktober 2013. 


Pautan luar[sunting | sunting sumber]