Ducula

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pergam
Ducula rufigaster -London Zoo -two-8a.jpg
Pergam Ekor Ungu (Ducula rufigaster)
Pengelasan saintifik s
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Burung
Order: Columbiformes
Keluarga: Columbidae
Subkeluarga: Ptilinopinae
Genus: Ducula
Hodgson, 1836

Ducula merupakan satu genus utama dalam keluarga Columbidae, yang secara kolektifnya dikenali sebagai Pergam atau (bahasa Inggeris : imperial pigeons). Ia merupakan spesies merpati bersaiz badan besar/sangat besar dan berekor sederhana panjang atau panjang. Ia tinggal di atas pokok, dengan diet makanan tertumpu pada buah-buahan. Ducula merupakan saudara terdekat bagi punai pemakan buah, Ptilinopus. Kedua-dua genera memiliki warna bulu terang, kebanyakannya berwarna hijau, warna bawah badan yang berlawanan dengan warna ungu, oren atau merah. Beberapa spesies Ducula memiliki cere tenggelam yang dominan.[1] Ducula mempunyai rahang mulut yang besar dan menelan keseluruhan bijirin, oleh itu memainkan peranan penting dalam menyebarkan anak benih.[2]

Pergam boleh dijumpai di dalam hutan-hutan di selatan Asia, New Guinea, utara Australia dan kepulauan Pasifik. Kebanyakan spesies hidup berpindah randah, terbang dalam jarak jauh untuk mencari sumber-sumber makanan bermusim. Ada antaranya yang bermigrasi dan kesemua mereka merupakan penerbang yang kuat.[1] Because of habitat loss and predation, species of Ducula are amongst the most threatened of avian species globally.[3]

Senarai spesies[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Goodwin, Derek (1983). Pigeons and Doves of the World. London: British Museum of Natural History.
  2. ^ Lambert, Frank (1989). "Pigeons as seed predators and dispersers of figs in a Malaysian lowland forest". Ibis. 131 (4): 521–527. doi:10.1111/j.1474-919x.1989.tb04788.x.
  3. ^ Walker, Jonothan (2007). "Geographical patterns of threat among pigeons and doves (Columbidae)". Oryx. 41 (3): 289–299. doi:10.1017/s0030605307001016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Data berkenaan Ducula di Wikispesies
  • Kategori berkenaan Ducula di Wikimedia Commons