Dunia Didi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dunia Didi
PengkaryaArd One
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Genre
PenerbitPTS Publishing House (di bawah imprin Komik-M)
Tahun terbit2010–2011
Jenis mediaKomik

Dunia Didi ialah siri komik kanak-kanak yang diterbitkan di Malaysia. Ia dihasilkan dan diterbitkan oleh masing-masing Ard One, seorang kartunis dan PTS Media Group di bawah imprin PTS One. Ia mempunyai tiga siri yang bertemakan penjagaan alam sekitar. Komik ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Didi, menjalankan aktiviti yang dapat menjaga alam sekitar.

Siri komik[sunting | sunting sumber]

  • Ard One (2010). Dunia Didi #1 Kemunculan Kapten Hijau. PTS.
  • Ard One (2010). Dunia Didi #2 Pasukan Kitar Semula. PTS. ISBN 9789670142098.
  • Ard One (2011). Dunia Didi #3 Balik Kampung. PTS. ISBN 9789670142135.

Kemunculan[sunting | sunting sumber]

Penulis komik ini telah membuat persilangan cerita dengan menggabungkan watak-watak daripada 2 siri komik terbitan PTS, iaitu Dear Yayah dan Dunia Didi dalam satu terbitan dengan judul Dear Yayah dalam Dunia Didi[1].

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dear Yayah dalam Dunia Didi". PTS. Dicapai pada 20 Julai 2021.