Duopoli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Duopoli (dari Greek δύο, duo (dua) + πωλεῖν, polein (untuk menjual)) adalah sejenis oligopoli dimana hanya dua penjual wujud dalam satu pasaran. Dalam praktiknya, istilah ini juga digunakan di mana dua firma mempunyai kawalan dominan ke atas pasaran, ia adalah bentuk oligopoli yang paling sering dikaji kerana kesederhanaannya.

Dalam politik Amerika Syarikat moden, sistem pemilihan dijelaskan sebagai duopilistik apabila hanya dua parti iaitu parti Republikan dan Demokratik mendominasi dan merangka debat polisi serta wacana umum mengenai perkara-perkara yang membimbangkan negara selama kira-kira satu abad setengah. Parti ketiga telah dihalang dengan pelbagai cara bagi mendapatkan undi di pelbagai peringkat kerajaan serta halangan pilihan raya lain, seperti penafian akses kepada debat pilihan raya umum.

Rujukan[sunting | sunting sumber]