Oligopoli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Oligopoli (daripada bahasa Yunani Kuno ὀλίγος olígos, bermaksud "sedikit", dan πωλεῖν polein, bermaksud "menjual") merupakan sebuah bentuk pasaran di mana sesebuah pasaran atau industri tertentu dikuasai oleh sejumlah kecil penjual (peoligopoli atau oligopolist). Oligopoli boleh dibentuk daripada pelbagai bentuk pakat-sulit yang mengurangkan persaingan serta membawa kepada harga yang lebih tinggi untuk pengguna. Sistem ini mempunyai struktur pasarannya yang tersendiri.[1]

Dengan beberapa penjual yang sedikit, setiap peoligopoli mungkin akan berwaspada dengan tindakan peoligopoli yang lain. Menurut teori permainan, keputusan sesebuah syarikat mempengaruhi dan dipengaruhi oleh keputusan syarikat-syarikat lain. Perancangan strategik oleh peoligopoli perlu mengambil kira tindak balas yang berkemungkinan daripada peserta pasaran yang lain.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Oligopoli adalah bentuk pasaran biasa di mana beberapa syarikat berada dalam sebuah persaingan. Sebuah nisbah penumpuan empat syarikat sering digunakan sebagai sebuah penerangan oligopoli berkuantiti - di mana ia menyatakan, melalui peratusan, saham pasaran empat syarikat terbesar di mana-mana industri tertentu. [perlu rujukan]

Persaingan beroligopoli boleh menimbulkan hasil sama ia meluas mahupun pelbagai. Dalam beberapa keadaan, syarikat-syarikat tertentu mungkin akan menggunakan amalan perdagangan ketat (pakat-sulit, perkongsian pasaran dan sebagainya) dalam usaha untuk meningkatkan inflasi harga dan menyekat pengeluaran dalam banyak cara yang sama seperti sebuah monopoli. Setiap kali akan adanya perjanjian formal untuk pakat-sulit antara syarikat-syarikat yang biasanya bersaing dengan satu sama lain, amalan ini dikenali sebagai sebuah kartel. Contoh utama kartel sebegini ialah Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum yang mempunyai pengaruh besar terhadap harga minyak antarabangsa.

Firma-firma sering membuat pakat-sulit dalam usaha menstabilkan pasaran yang tidak menentu agar risiko yang wujud dalam pasaran ini dapat dikurangkan bagi tujuan pelaburan dan pembangunan produk.[perlu rujukan] Terdapat undang-undang pengehadan di kebanyakan negara atas pakat-sulit sebegini. Perjanjian formal tidak perlu dalam berlakunya pakat-sulit ini (perhubungan sah antara syarikat perlu ada untuk mengira pakat-sulit ini sebagai haram)—misalnya, mungkin ada peneraju pasaran dikenali dalam beberapa industri yang menetapkan harga secara tidak rasminya untuk pengeluar lain bertindak sewajarnya; tindakan ini dikenali sebagai kepimpinan harga.

Dalam situasi lain, persaingan antara penjual dalam sesebuah oligopoli boleh menjadi sengit dengan harga yang rendah dan pengeluaran yang tinggi ditawarkan para pengeluar. Perkara ini boleh membawa kepada hasil yang cekap menghampiri persaingan sempurna. Persaingan dalam oligopoli boleh menjadi lebih besar apabila terdapat lebih banyak firma dalam sesebuah industri berbanding jika, misalnya, firma-firma ini bertumpu di rantau mereka dan tidak bersaing langsung antara satu sama lain.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]