Parti Republikan (Amerika Syarikat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Republican Party
Parti Republikan
Logo "Gajah" Parti Republikan
Pengerusi Parti Ronna Romney McDaniel (MI)
Ketua Senat Mitch McConnell
(KY)
Ketua Dewan Paul Ryan
(WI)
Kevin McCarthy
(CA)
Diasaskan 1854
Ibu pejabat 310 First Street SE
Washington, D.C.
20003
Ideologi politik Dahulu:
Abolisionisme
Liberalisme klasik
Progresivisme
Paleokonservatisme
Kini:
Konservatisme
Konservatisme sosial
Neokonservatisme
Liberalisme ekonomi
Afiliasi antarabangsa Kesatuan Demokrat Antarabangsa
Warna Merah (tidak rasmi)
Laman www.gop.com
Amerika Syarikat

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Amerika Syarikat



Negara lain · Atlas
 Portal Kerajaan A.S.

Parti Republikan merupakan satu daripada dua parti politik kontemporari utama di Amerika Syarikat, bersama-sama dengan Parti Demokrat. Ia sering dirujuk sebagai Grand Old Party atau GOP. Diasaskan pada tahun 1854 oleh aktivis-aktivis penyebaran anti-perhambaan dan pemodenan, Parti Republikan dengan cepatnya melangkaui Parti Whig sebagai penentang utama kepada Parti Demokrat. Parti ini pertama kali berkuasa pada tahun 1860 dengan pemilihan Abraham Lincoln selaku presiden yang menyaksikan berlakunya Perang Saudara Amerika dan pembangunan semula. Dewasa ini, parti ini menyokong platform konservatif dan neokonservatif, dengan asas-asas di dalam polisi fiskal bahagian pembekalan dan konservatisme sosial.

Presiden terkini Amerika Syarikat, Donald J. Trump, mewakili parti ini bersama timbalannya Mike Pence sejak memenangi pilihan raya negara tersebut. Malah, ia pernah memegang kuasa ke atas kedua-dua Dewan Perwakilan dan Senat Amerika Syarikat sehingga majoritinya dalam Dewan Perwakilan disingkirkan selepas keputusan pilihan raya separuh penggal tahun 2018.[1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. ^ "GOP strongest it's been in 80 years". RealClearPolitics.com. Dicapai 10 April 2018.