Duqaq
Abu Nasr Shams al-Muluk Duqaq (meninggal 8 Jun 1104) merupakan pemerintah Turki Seljuk bagi Damsyik dari 1095 hingga 1104.
Duqaq merupakan anak pemerintah Seljuk bagi Syria, Tutush I, dan Khatun Safwat al-Mulk, Dia merupakan saudara Radwan. Apabila bapa mereka meninggal pada tahun 1095, Radwan menuntut Syria bagi dirinya, dan Duqaq pada mulanya mewarisi jajahan di the Jezirah dan tinggal di sana bersama saudaranya di Aleppo. Bagaimanapun, dia kemudiannya memberontak dan menguasai Damsyik, melontar Syria ke dalam kancah kucar-kacir dan perang saudara. Duqaq mendapat sokongan Yaghi-Siyan dari Antioch, yang tidak berselisih dengan Radwan tetapi tidak sukakan atabeg (penjaga) Radwan, Janah ad-Dawla; menyertai Yaghi-Siyan dan Duqaq adalah Ilghazi, gabenor bagi Jerusalem. Radwan menyertai Sokman, saudara kepada Ilghazi.
Radwan menyerang Yaghi-Siyan, dan apabila Duqaq dan Ilghazi datang membantunya, Radwan turut mengepong Damasyuk. Bagaimanapun, Radwan mula bersengketa dengan Janah ad-Dawla, yang menawan Hims darinya, dan dengan atabeg-nya tidak lagi menjadi sekutu, Yaghi-Siyan lebih cenderung membantunya. Persekutuan ini dimetrikan dengan perkahwinan antara Radwan dan anak perempuan Yaghi-Siyan. Kedua mereka merancang untuk menyerang Shaizar apabila mendengar ketibaan (First Crusade); kesemua pesekutuan dibubarkan dan kesemua orang kembali kebandar masing-masing, sungguhpun sekiranya persekutuan tersebut kekal, atau mereka bekerja sama, mereka kemungkinannya mampu mematahkan serangan krusader.
Pada tahun 1103 Duqaq menawan Homs apabila Janah ad-Dawla, bekas atabeg Radwan, dibunuh. Duqaq jatuh sakit pada tahun 1104, dan mengikut nasihat ibunya, melantik Toghtegin, bekas penjaga atabegnya sebagai atabeg kepada anak mudanya Tutush II. Duqaq meninggal pada 8 Jun tahun tersebut. Toghtegin kemudiannya mengguling dinasti Duqaq dan menubuhkan dinasti Burid, yang akan memerintah Damasyuk bagi setengah kurun berikutnya.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Kenneth Setton, ed. A History of the Crusades, vol. I. University of Pennsylvania Press, 1958 (available online).
- The Damascus Chronicle of the Crusades: Extracted and Translated from the Chronicle of Ibn al-Qalanisi. H.A.R. Gibb, London, 1932.