Homs

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ralat skrip: Modul ini tidak wujud.

Hims

حمص

Homs
Dataran Quwatly, dengan menara jam baru ikonik
Dataran Quwatly, dengan menara jam baru ikonik
Nama samaran: 
Sy-map.png
Negara Syria
KegabenoranKegabenoran Hims
DaerahDaerah Hims
Diduduki2000 SM
Kerajaan
 • GabenorMohammed Iyad Ghazal
 • Presiden Dewan BandarayaNadia Kseibi
Kawasan
 • Total48 km2 (19 batu persegi)
Ketinggian
501 m (1,644 ft)
Populasi
(2008)
 • Total823,000
Zon masaUTC+3 (EET)
 • Summer (DST)UTC+2 (EEST)
Kod kawasan31
Laman sesawanghttp://www.homscitycouncil.org.sy
Untuk aksi ketenteraan yang pernah berlaku berdekatan bandar ini, sila lihat Pertempuran Hims.

Hims (Bahasa Arab: حمص‎, Ḥims, juga disebut eja sebagai Homs dan nama kunonya disebut "Emesa"[1] (Bahasa Yunani: ἡ Ἔμεσα) adalah sebuah bandar di barat Syria dan ibu kota bagi Kegabenoran Hims. Ia mempunyai ketinggian 501 meter (1,644 ft) dari paras laut dan terletak 162 kilometer (101 batu) di utara kota Damsyik.[2] Terletak berdekatan Sungai Orontes, Hims juga merupakan pusat yang menghubungkan bandar-bandar kecil di persisiran pantai Laut Mediterranean.

Hims tidak disinari sejarah sehingga kurun pertama BCE semasa zaman Empayar Seleucid. Ia kemudian menjadi ibu kota bagi sebuah kerajaan yang diperintah oleh dinasti Emesani yang mana kota ini mendapat namanya. Awalnya, ia adalah sebuah pusat penyembahan orang pagan untuk Tuhan Matahari, El-Gabal, ia kemudian menjadi penting dalam dunia Kristian di bawah Byzantine. Ia kemudian ditakluk oleh empayar Islam pada kurun ke-7 dan dijadikan ibu kota bagi sebuah daerah. Sepanjang era Islam, dinasti-dinasti Islam bertarung untuk mengawal Syria cuba untuk menakluk Hims di sebabkan kedudukan strategiknya di kawasan ini. Kepentingannya mula menurun di bawah empayar Uthmaniyyah dan hanya pada kurun ke-19 kota ini mendapat kembali kepentingan ekonominya apabila industri kapas melonjak.

Pada hari ini, Hims adalah pusat industri terpenting di Syria, dengan kepadatan penduduk berjumlah kira-kira 823,000 orang, ia juga merupakan bandar ketiga terbesar di Syria. Populasi penduduknya bergantung juga kepada diversiti agama rasmi iatu agama Islam dan Kristian, majoriti dari penduduknya berbangsa Arab Syria yang mengamalkan pertuturan Arab dalam perbualan seharian. Penduduknya ramai yang beragama Islam Sunnah, serta penduduk yang beragama minoriti Kristian. Kota ini dipenuhi dengan banyak binaan masjid dan gereja yang terdekat adalah Krak des Chevaliers, adalah merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Vailhé, Siméon (1909). "Emesa". Catholic Encyclopedia. Robert Appleton Company. Dicapai 26 Februari 2009. 
  2. ^ "Distance Between Main Syrian Cities". HomsOnline. 16 Mei 2008. Dicapai 26 Februari 2009. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 34°44′N 36°43′E / 34.733°N 36.717°E / 34.733; 36.717