Dylan Walsh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dylan Walsh
Seanmcnamara.jpg
Dylan Walsh as Dr. Sean McNamara menerusiNip/Tuck
Kelahiran Charles Hunter Walsh
(1963-11-17) 17 November 1963 (umur 54)
Ketinggian 5' 10½" (1.79 m)
Pasangan Joanna Going (2004 - kini)

Dylan Walsh merupakan pelakon Amerika Syarikat yang terkenal sebagai Dr. Sean McNamara menerusi siri TV Nip/Tuck

Nama sebenar beliau ialah Charles Hunter Walsh dan dilahirkan di Los Angeles, California pada 17 November 1963. Ibu bapanya bekerja untuk perkhidmatan asing dan mereka pernah menetap di Timur Afrika, India dan Indonesia sebelum berusia 10 tahun. Setelah itu, keluarganya menetap di AS dan memilih Virginia sebagai penempatan mereka dan bermula di sinilah Walsh berlakon di sekolah tinggi. Pada 1986 beliau telah menamatkan pelajaran di Universiti Virginia untuk Ijazah dalam Bahasa Inggeris. Selepas itu beliau berhijrah ke New York untuk berlakon secara profesional. Beliau mendapat peranan pertama menerusi drama Soldier Boys bersama James Earl Jones sebelum berlakon dalam Loverboy dan peranan biasa dalam siri TV Kate & Allie. Pada 1989, beliau menggunakan Dylan Walsh secara profesional. Beliau meneruskan berlakon filem seperti Betsy's Wedding , Congo, dan menjadi anak kepada Paul Newman menerusi filem Nobody's Fool pada 1994, selain drama kepolisan Brooklyn South, The Twilight Zone dan Everwood.

Pada 2003, Walsh memegang watak sebagai Sean McNamara menerusi Nip/Tuck. Beliau mendapat peranan tersebut setelah didekati oleh pencipta siri terbabit Ryan Murphy di sebuah kedai kopi. Murphy mengenali beliau menerusi Nobody's Fool.

Walsh telah mengahwini pelakon Melora Walters pada 1996, sehinggalah mereka bercerai pada 2003. Mereka dikurniakan dua orang anak, Joanna and Thomas. Pada 2004, beliau mengahwini Joanna Going dan dikurniakan seorang anak perempuan, Stella Haven Walsh.

Lakonan[sunting | sunting sumber]

  • One Part Sugar (2006).... Ray Tuckby
  • Nip/Tuck .... Dr. Sean McNamara
  • The Sexual Advancer (2006) Dr. Sean McNamara
  • The Man Who Fell to Earth (2006) Nathan Bryce
  • Flourish (2006) Det.Paul Carter
  • The Lake House (2006) .... Morgan
  • Edmond (2005) .... Interrogator
  • Antebody (2005) .... Jacob Ambro
  • Anchorman: The Legend of Ron Burgundy (2004) .... Phil
  • Everwood .... Carl Feeney
  • More Than Meets the Eye: The Joan Brock Story (2003) (TV) .... Jim Brock
  • The Lone Ranger (2003) (TV) .... Kansas City Haas
  • The Twilight Zone .... Adam
  • Presidio Med .... Danny Gibson
  • Blood Work (2002) .... Detective John Waller
  • Jo (2002) (TV)
  • Par 6 (2002) .... Mac Hegelman
  • Power Play (2002) .... Matt Nash
  • We Were Soldiers (2002) .... Capt. Robert Edwards
  • Jet Boy (2001) .... Boon Palmer
  • Deadly Little Secrets (2001) .... Cole Chamberlain
  • Chapter Zero (1999) .... Adam Lazarus
  • Final Voyage (1999) .... Aaron Carpenter
  • The Almost Perfect Bank Robbery (1998) (TV) .... Frank Syler
  • The Outer Limits .... Sgt. Eldritch
  • Men (1997) .... Teo Morrison
  • Brooklyn South (1997) Siri TV.... Off. Jimmy Doyle
  • Divided by Hate (1997) (TV) .... Louis Gibbs
  • Changing Habits (1997) .... Felix Shepherd
  • Eden (1996) .... Bill Kunen
  • Congo (1995) .... Dr. Peter Elliot
  • Nobody's Fool (1994) .... Peter Sullivan
  • Radio Inside (1994) .... Michael
  • Telling Secrets (1993) (TV) .... Jesse Graham
  • Arctic Blue (1993) .... Eric Desmond
  • "Gabriel's Fire" (1990) Siri TV .... Louis Klein
  • Betsy's Wedding (1990) .... Jake Lovell
  • Where the Heart Is (1990) .... Tom
  • Chameleons (1989) (TV) .... Stan
  • When We Were Young (1989) (TV) (Charles Hunter Walsh) .... Lee Jameson
  • Loverboy (1989) (Charles Hunter Walsh) .... Jory Talbot
  • Kate & Allie .... Ben

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]