East To West

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
East To West
Album studio oleh
Dilancarkan pada26 Februari 2008
Dirakamkan pada2006–2007
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenreR&B, soul
Panjang41:43
BahasaBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
SyarikatWarner Music Malaysia
Kronologi Ning Baizura
Erti Pertemuan
(2004)
East To West
(2008)
Dewa
(2011)
Single daripada East To West
  1. "Age of Pollution"
    Dikeluarkan: 2008
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

East To West ialah album studio kesepuluh oleh penyanyi wanita Malaysia, Ning Baizura, dikeluarkan pada 28 Februari 2008 oleh Warner Music Malaysia. Album ini ialah album bahasa Inggeris ketiganya dan yang pertama untuk edaran antarabangsa.[1][2]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Idea untuk album East To West bermula apabila Ning dan penerbit rakaman, Luigi Bajona bertemu buat pertama kali di Kuala Lumpur di salah satu persembahan Ning. Projek pertama mereka bermula pada tahun 2004 apabila mereka memulakan jelajah ke Itali dan Monte Carlo. Berdasarkan sambutan kepada persembahan Ning begitu menggalakkan, Luigi dan rakan kongsinya DJ Morano mengambil keputusan untuk merakam album antarabangsa pertama untuk Ning. Proses pembikinan lagu telah bermula pada November 2006 dimana unsur elektronik dan unsur muzik klasik digabungkan untuk mencipta satu genre baru yang dipanggil “class-tronic”.[1]

Kesemua 12 lagu telah dirakam di Jamestown Studio di London selama 15 hari pada Mei 2007. Sebanyak 9 komposer dan penulis lirik telah menyumbang lagu untuk album ini. Di antaranya ialah Olivias Cinquemani, Valerio Vincentini, Scobi Ryder, B. Bajona, Marco Morano, Zara Ruban, Audi Mok, Paul Gelsomine dan Ad Samad.[1]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukMasa
1."Tango In Paris"3:15
2."Real Man-Eater"3:36
3."Sharpening Your Blade"3:43
4."Age of Pollution"3:23
5."Water and Salt"3:08
6."Assassins"3:41
7."East To West Express"3:27
8."Again"3:40
9."A Matter of Time"3:29
10."Senseless and Blind"3:49
11."Mother"3:26
12."Drama"3:06
Jumlah masa: 41:43


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Budiey (25 Mac 2008). "Profil album terbaru dari Ning "East To West"". Sensasi Selebriti. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Ogos 2008. Dicapai pada 14 Ogos 2018.
  2. ^ "Ning sedia tawan dunia". Utusan Malaysia. 3 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2008. Dicapai pada 15 Ogos 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]