Ecser

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ecser
Ecser terletak di Hungary
Ecser
Ecser
Lokasi Ecser
Koordinat: Ralat Lua pada baris 80 di package.lua: module 'Modul:ISO 3166/data/HU' not found.
Negara Hungary
KauntiPest
Keluasan
 • Jumlah13.1 km2 (5.1 batu persegi)
Penduduk
(2001)
 • Jumlah3,252
 • Kepadatan248.05/km2 (642.4/batu persegi)
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
Poskod
2233
Kod kawasan29
Laman webwww.ecser.hu

Ecser merupakan sebuah perkampungan dalam kaunti Pest, Hungary, berhampiran Budapest.

Kedudukan[sunting | sunting sumber]

Ecser (ˈɛʧɛr, menyerupai "acher") turut mempunyai nama Slovakia: Ečer, dan ia mempunyai minoriti orang Slovakia. Ia terletak tenggara Budapest, berhampiran lapangan terbanmg antara bangsa Ferihegy. Bandar berhampiran adalah Maglód, Vecsés, Gyömrő dan Üllő. Perkampungan ini terletak berhampiran landasan kereta api 120a (Budapest-Újszász-Szolnok).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah bertilis Ecser bertarik sejak 15 Disember 1315, sungguhpun kampung ini telahpun wujud sejak 896, apabila orang Hungari tiba di kounti ini. Menurut lagenda, nama kampung ini timbul dari Putera Agung Árpád dari puak Hungari. Apabila dia bertanyakan nama penempatan tersebut, di mana dia berhenti rehat sebentar, penduduk tempatan gagal memberikan nama, jadi Árpád berkata pada mereka: panggil tempat ini sempena oak ini (Hungari cser). Semasa penguasaan Turki (Ottoman) (1526-1686) perkampungan ini ditinggalkan, terutama selepas pengepongan Buda, yang berhampiran. Penduduk terawal kembali hanya pada 1699. Semasa perang Kemerdekaan Rákóczi (1703-1711) terdapat 11 tentera dari Ecser. Pada awal 1700-an pemilik kampung, Count Antal Grassalkovich menetap di Slovakia.