Edward Gent

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sir Edward Gent
Sir edward gent.jpg

Tempoh jawatan
1 Februari 1948 – 4 Julai 1948
Didahului oleh tiada, jawatan dicipta
Diganti oleh Sir Henry Gurney

Tempoh jawatan
1 April 1946 – 30 Januari 1948
Didahului oleh tiada, jawatan dicipta
Diganti oleh tiada, jawatan dimansuhkan

Lahir 28 Oktober 1895
Kingston, Surrey, England
Meninggal dunia 4 Julai 1948 (age 52 )
Ruislip, England
Pasangan Guendolen Mary Wyeth
Agama Kristian

Sir Gerard Edward James Gent KCMG, DSO, OBE, MC (28 Oktober 1895 - 4 Julai 1948) telah dilantik sebagai Gabenor pertama Malayan Union pada tahun 1946.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Gent telah dilahirkan pada tahun 1895, merupakan anak kepada John Gent (1844–1927) dan Harriet Frankland Randall. Nama asal beliau ialah Gerard Edward James Gent, tetapi dia mengubahnya kepada Edward James Gent, atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Beliau mendapat pendidikan di The King's School, Canterbury, dan Kolej Trinity, Oxford.

Gent mengahwini Guendolen Mary Wyeth pada tahun 1923, dan mereka mempunyai empat orang anak, Marcus James Gent, Gerard Nicholas Gent, Ann Monica Gent dan Janice Mary Gent.

Kerjaya tentera[sunting | sunting sumber]

Gent berkhidmat dengan Duke of Cornwall's Light Infantry dalam Perang Dunia Pertama di Flanders dan Itali. Beliau telah cedera dua kali dan telah dianugerahkan Military Cross pada tahun 1917 dan Distinguished Service Order pada tahun 1919.

Kerjaya diplomatik[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan orang pertama dilantik sebagai Gabenor Malayan Union, Sir Edward juga menjadi Pentadbir Kolonial pertama untuk membincangkan secara terbuka bagi membentuk kerajaan yang lebih baik untuk masa depan Tanah Melayu, di mana Persekutuan Tanah Melayu kemudian ditubuhkan. Beliau adalah seorang tokoh penting dalam pembentukan Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di Kuala Lumpur, dan Gabenor Malayan Union yang pertama.

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan daripada United Kingdom, balunya Lady Gent, bersama-sama dengan Lady Gurney, telah dijemput ke majlis tersebut sebagai tetamu kehormat.

Darurat Tanah Melayu[sunting | sunting sumber]

Menandatanagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan Perjanjian Negeri 1948, di King House, Kuala Lumpur, pada hari Rabu 21 Januari 1948.

Gent kekal sebagai Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu apabila Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi beliau tidak kekal lama pada jawatannya. Beliau dipecat oleh Pejabat Tanah Jajahan dan dipanggil semula ke London pada 29 Jun 1948 apabila tercetusnya Darurat Tanah Melayu selepas Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya Besar British bagi Asia Tenggara, melobi Whitehall.[1] Gent tidak percaya komunis memberikan sebarang ancaman dan enggan bertindak. Apabila komunis mula melancarkan serangan ke atas ladang-ladang getah Tanah Melayu, Gent mengisytiharkan darurat pada 15 Jun di bahagian-bahagian Perak dan Johor sahaja, mendatangkan kekecewaan penanam getah yang menuntut perisytiharan di seluruh negara. Gent hanya terpaksa memperluaskan pengisytiharan untuk seluruh Tanah Melayu pada hari berikutnya apabila Straits Times menulis "Govern or Get Out" (Tadbir aau Keluar) pada muka hadapannya dan dengan itu merangsang sentimen orang ramai terhadapnya.[2]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Gent pulang ke United Kingdom dalam pesawat pengangkutan Avro York Tentera Udara Diraja apabila ia bertembung dengan sebuah Douglas DC-6 Scandinavian Airlines System berhampiran Northwood, utara London, seminggu selepas beliau dipanggil semula ke London.[3]

Didahului oleh
Jawatan dicipta
Gabenor Malayan Union
1946–1948
Diikuti oleh:
Jawatan dimansuhkan
Didahului oleh
Sir Shenton Thomas
Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu
1948–1948
Diikuti oleh:
Sir Henry Gurney

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Barber, Noel (1971). The War of the Running Dogs. Cassell. p. 48. 
  2. ^ Barber, Noel (1971). The War of the Running Dogs. Cassell. p. 30. 
  3. ^ Barber, Noel (1971). The War of the Running Dogs. Cassell. p. 49. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]