Pergi ke kandungan

Eksesais MalBru Setia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Eksesais MalBru Setia merupakan latihan tentera bersama antara angkatan tentera Malaysia dan Brunei. Beberapa siri latihan telah dijalankan sejak 1991. Kebanyakan latihan diadakan di Miri dan Bintulu.

Tentera Malaysia dan Brunei terlibat dalam misi Pasukan Pemantau Antarabangsa di Mindanao dalam tahun 2007 dan misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan tahun 2008.

Eksesais MalBru Setia Siri 9/2009

[sunting | sunting sumber]

Eksesais MalBru Setia Siri 9/2009 diadakan di Miri, Sarawak. Latihan selama 2 minggu ini diadakan mulai 7 Jun 2009.

Timbalan Pemerintah TDM, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zain menyatakan lebih 1,000 anggota tentera terlibat. Mereka terdiri daripada 60 pegawai dan 820 anggota daripada Batalion ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja dari Miri. Seramai 7 pegawai serta 127 anggota Batalion Ketiga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei terlibat. Lokasi latihan terakhir ialah Taman Negara Similajau di Bintulu pada 15 Jun 2009.

Timbalan Pemerintah ABDB Kolonel Mohd Yussof Abdul Rahman menyatakan tujuan latihan tentera ini bagi meningkatkan profesionalisme ketenteraan dalam operasi bersama. [1]