Eminem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Eminem
Nama lahir Marshall Bruce Mathers III
Juga dikenali sebagai M&M
Kelahiran 17 Oktober 1972 (43 tahun)[1]
St. Joseph, Missouri, Amerika Syarikat
Berasal dari Detroit, Michigan, United States
Genre Hip hop
Pekerjaan Penyanyi rap, penerbit rakaman, penulis lagu , pelakon
Tahun aktif 1990–kini
Label Aftermath Entertainment (1997-kini)
Interscope Records (1998-kini)
Shady Records (1999-kini)
Bassmint Productions (1990-1992)
FBT Productions (1992-1995)
Web Entertainment (1992-present)
Mashin' Duck Records (1995)
Kegiatan berkait Bad Meets Evil, Busta Rhymes, D12, 50 Cent, Dr. Dre, Nate Dogg, Obie Trice, Outsidaz, Proof, Slaughterhouse, Xzibit,
Laman web eminem.com

Marshall Bruce Mathers III (dilahirkan pada 17 Oktober 1972),[2] atau lebih dikenali dengan nama samarannya, Eminem (digayakan sebagai EMINƎM) atau alter egonya, Slim Shady, merupakan seorang penyanyi rap, penerbit rakaman, penulis lirik dan pelakon. Sebagai tambahan kepada kerjaya solonya, beliau juga ahli kumpulan Hip Hop D12, dan juga duo hip hop Bad Meets Evil bersama rakannya Royce Da 5'9".

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau membuat debut solonya dengan album berjudul "Infinite" pada tahun 1996. Ia dibuat mesra-radio kerana beliau mengharap agar ia dapat disiarkan di stesen-stesen radio di Detroit. Tetapi ia diabaikan kerana dia seorang berkulit putih manakala Hip Hop adalah genre orang kulit hitam. Salah seorang daripada mereka juga mengatakan kepada Eminem "Kau adalah budak kulit putih, mengapa kau tidak masuk sahaja Rock 'n' Roll?". Ini menyebabkan beliau begitu marah dan dari situlah terciptanya alter ego beliau yang terkenal, Slim Shady. Beliau memperkenalkan alter egonya melalui album The Slim Shady EP pada tahun 1997 dimana ia mendapat perhatian seorang rapper pantai barat yang terkenal iaitu Dr. Dre. Apabila Dr. Dre mendengar pembantunya memasang CD tersebut untuk beliau, dia berkata "Cari dia(Eminem), sekarang!". Beliau ditandatangani Dr. Dre melaui anak syarikat Interscope Records iaitu Afternath Records. Disitu, Eminem memulakan kerja-kerja penulisan lirik dan rakaman untuk debut komersilnya yang berjudul "The Slim Shady LP". Album tersebut diterbit pada tahun 1999 dengan tiga single iaitu Just Don't Give A Fuck, My Name Is dan Guilty Conscience. My Name Is mendapat sambutan hangat dan peminat juga mengatakan bahawa ia adalah antara kerja-kerja terbaiknya. The Slim Shady LP telah diiktiraf 7xPlatinum oleh RIAA.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Album Mini[sunting | sunting sumber]

  • The Slim Shady EP (1997)
  • Relapse Refill (2009)
  • Hell: The Sequel (Bersama Bad Meets Evil) (2011)

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Straight From The Lab (2003)
  • Curtain Call: The Hits (2005)
  • Eminem Presents: The Re-Ups (2006)
  • Shady XV (2014)


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Monitor". Entertainment Weekly (1176/1177): 34. Okt 14/21, 2011.  Check date values in: |date= (bantuan)
  2. Ankeny, Jason; Torreano, Bradley (2006). "Eminem – Biography". Allmusic. Diperoleh pada 9 Jun 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: