Emosi pada haiwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gajah berinteraksi

Templat:Etologi

Emosi pada haiwan ialah perasaan subjektif dan emosi yang dialami oleh vertebrat bukan manusia dan, lebih dikontroversikan, anggota lain alam haiwan. Emosi boleh diperihalkan sebagai pengalaman sedar subjektif yang terutamanya bercirikan ekspresi psikofisiologi, tindak balas biologi, dan keadaan mental.

Charles Darwin merupakan salah seorang ahli sains pertama untuk mengarang tentang kewujudan dan sifat emosi pada haiwan bukan manusia. Pendekatan pemerhatiannya, yang kadang-kadang merupakan pendekatan anekdot, telah berkembang menjadi pendekatan sains pacuan hipotesis yang lebih teguh. Hipotesis umum yang berkait untuk berhubung kait antara manusia dengan haiwan bukan manusia juga menyokong dakwaan bahawa haiwan bukan manusia boleh merasai emosi dan bahawa emosi manusia berubah ansur daripada mekanisme sama.[1][2][3][4] Beberapa ujian, seperti ujian bias kognisi dan model-model ketidakupayaan terpelajar, telah dikembangkan. Bias-bias kognisi (perasaan optimisme atau pesimisme) telah ditunjukkan dalam julat spesies luas termasuk tikus, anjing, kucing, beruk resus, biri-biri, anak ayam, perling,[5] babi[6] dan lebah madu.[7]

Sesetengah ahli behaviorisme mendakwa model-model rangsangan–gerak balas menyediakan penjelasan cukup untuk tingkah laku haiwan yang telah diperihalkan beremosi, dan bahawa pempostulatan bahawa haiwan adalah sedar tidak diperlukan. Ahli behaviorisme lain selanjutnYa mempersoalkan sama ada haiwan merasai emosi pada dasar bahawa emosi adalah tidak sejagat sungguhpun sesama manudia, bahawa pentafsiran tingkah laku haiwan adalah antropomorfik, dan bahawa takrifan emosi kekurangan keteguhan.

Etimologi, takrifan, dan pembezaan[sunting | sunting sumber]

Perkataan "emosi" diadaptasi daripada perkataan bahasa Perancis émouvoir, yang bererti "mendorong". Walau bagaimanapun, pelopor terawal bagi kata ini boleh jadi bertarikh kembali kepada asal usul bahasa.

Emosi telah diperihalkan sebagai gerak balas diskret dan tekal terhadap peristiwa dalaman atau luaran yang mempunyai keertian tertentu untuk organisma. Emosi bertempoh singkat dan terdiri daripada satu set gerak balas terkoordinat, yang boleh termasuk mekanisme-mekanisme fisiologi, tingkah laku, dan neural.[8] Emosi juga telah diperihalkan sebagai hasil evolusi kerana emosi menyediakan jalan penyelesaian baik kepada masalah purba dan berulang-ulang yang dihadapi oleh leluhur.[9]

Emosi manusia asasi dan kompleks[sunting | sunting sumber]

Pada manusia, suatu pembezaan kadang-kadang dibuat antara emosi "asasi" dengan "kompleks". Enam emosi telah dikelaskan sebagai asasi: kemarahan, kejijikan, ketakutan, kebahagiaan, kesedihan dan keterkejutan.[10] Emosi kompleks patut menyertakan kebencian, kecemburuan dan simpati. Walau bagaimanapun, pembezaan ini sukar untuk dikekalkan, dan haiwan bukan manusia kerap dikatakan juga mengungkapkan emosi-emosi kompleks tersebut.[11]

Tafsiran: Pisau Cukur Occam dan Kanun Morgan[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua prinsip yang boleh digunakan apabila mentafsir kajian terhadap emosi asasi atau kompleks yang boleh membantu untuk menghindarkan atribusi tidak betul bagi emosi kompleks atau keupayaan kognisi lebih tinggi kepada haiwan.

Prinsip pertama dikenali sebagai pisau cukur Occam yang menyatakan bahawa sesama hipotesis bersaing, hipotesis dengan andaian paling sedikit patut dipilih.[12]

Prinsip kedua merupakan kes tertentu bagi Pisau Cukur Occam yang diterbitkan oleh Lloyd Morgan pada 1903 dan dikenali sebagai Kanun Morgan. Beliau menyatakan, "Tiada ada kes yang dalamnya suatu kegiatan haiwan ditafsir dalam sebutan proses psikologi lebih tinggi, sekiranya hal itu boleh ditafsir dengan adil dalam sebutan proses yang terdiri lebih rendah pada skala evolusi dan perkembangan psikologi".[12][13]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Panksepp, J. (1982). "Toward a general psychobiological theory of emotions". Behavioral and Brain Sciences. 5 (3): 407–422. doi:10.1017/S0140525X00012759.
  2. ^ "Emotions help animals to make choices (keluaran akhbar)". Universiti Bristol. 2010. Dicapai pada 26 Oktober 2013.
  3. ^ Jacky Turner and Joyce D'Silva, penyunting (2006). Animals, Ethics and Trade: The Challenge of Animal Sentience. Earthscan. ISBN 9781844072545. Dicapai pada 26 Oktober 2013.
  4. ^ Wong, K. (2013). "How to identify grief in animals". Scientific American. Dicapai pada 26 Oktober 2013.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Rygula tidak disediakan
  6. ^ Douglas, C.; Bateson, M.last2=Bateson; Walsh, C.; Béduéc, A.; Edwards, S.A. (2012). "Environmental enrichment induces optimistic cognitive biases in pigs". Applied Animal Behaviour Science. 139 (1–2): 65–73. doi:10.1016/j.applanim.2012.02.018.
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Bateson tidak disediakan
  8. ^ Fox, E. (2008). Emotion Science: An Integration of Cognitive and Neuroscientific Approaches. Palgrave MacMillan. m/s. 16–17. ISBN 978-0-230-00517-4.
  9. ^ Ekman, P. (1992). "An argument for basic emotions". Cognition and Emotion. 6 (3): 169–200. doi:10.1080/02699939208411068.
  10. ^ Handel, S. "Classification of Emotions". Dicapai pada 30 April 2012.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Dawkins2000 tidak disediakan
  12. ^ a b D.S. Mills dan J.N. Marchant-Forde, penyunting (2010). The Encyclopedia of Applied Animal Behaviour and Welfare. CABI. ISBN 0851997244.
  13. ^ Morgan, C.L. (1903). An Introduction to Comparative Psychology (ed. ke-2). W. Scott, London. m/s. 59.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Bekoff, M.; Jane Goodall (2007). The Emotional Lives of Animals. ISBN 1-57731-502-2.
  • Holland, J. (2011). Unlikely Friendships: 50 Remarkable Stories from the Animal Kingdom.
  • Swirski, P. (2011). "You'll Never Make a Monkey Out of Me or Altruism, Proverbial Wisdom, and Bernard Malamud's God's Grace." American Utopia and Social Engineering in Literature, Social Thought, and Political History. New York, Routledge.

Templat:Kognisi haiwan Templat:Pengaki-emosi