Empangan Tiga Gaung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kedudukan relatif Empangan Tiga Gaung.

Empangan Tiga Gaung (Cina Ringkas: 长江三峡大坝; Cina Tradisional: 長江三峽大壩; pinyin: Chángjiāng Sānxiá Dà Bà, bahasa Inggeris; Three Gorges Dam) ialah sebuah empangan sungai hidroelektrik China yang terletak di Sungai Yangtze di Sandouping, Yichang, Hubei, China. Pada tahun 2007, empangan ini menjadi empangan sungai hidroelektrik terbesar di dunia.

Empangan ini dibina daripada bahan konkrit, panjangnya kira-kira 2,335 meter (7,661 ka), dan tingginya 185 meter (607 ka). Empangan ini lebarnya 115 meter (377.3 ka) pada hilirnya dan 40 meter (131.2 ka) di bahagian atasnya. Projek ini menggunakan 28,000,000  (36,600,000 ela padu) konkrit, 463,000 tan keluli, dan menggerakkan 134,000,000 m³ (175,000,000 ela padu) tanah. Takungannya berkepanjangan 600 kilometer (373 bt) dan mampu menampung 39.3 km padu (9.43 batu padu) air.

Empangan Tiga Gaung adalah pilihan yang lebih mesra alam berbanding dengan loji kuasa pembakaran arang. Jumlah muatan kuasanya boleh mencapai 22,400 MW dan menjadikannya stesen jana kuasa hidroelektrik terbesar di dunia mengikut muatan kuasa apabila siap pada tahun 2009.[1] Pemasangan penjana masih perlu disiapkan, dan empangan ini tidak dijangka beroperasi penuh sehingga sekitar tahun 2009. Kini, (pada bulan Ogos 2007), muatan stesen jana kuasanya ialah 11,900 MW. Janaan elektrik tahunannya dijangka kira-kira 84.7 TWh, menjadikan empangan ini empangan hidroelektrik kedua terbesar di dunia, mengekori Itaipu yang menjana 93.4 TWh setiap tahun.

Konsep empangan ini dibayangkan oleh Sun Yat-sen sebagai Pembangunan Antarabangsa China pada tahun 1919. Setelah penubuhan Republik Rakyat China, beberapa pemimpin berkeinginan untuk memulakan projek empangan ini tetapi oleh sebab kekurangan sumbers,[perlu rujukan] mereka mengerjakan Empangan Gezhouba terlebih dahulu.

Setelah menerima kelulusan Kongres Rakyat Kebangsaan pada 3 April 1992, pembinaan dimulakan pada tahun 1994. Kerja-kerja struktur disiapkan pada 20 Mei 2006, sembilan bulan lebih awal daripada apa yang dijadualkan.[2]

Takungan air mula berisi pada 1 Jun 2003, dan bakal menduduki sebahagian kawasan Tiga Gaung, di antara bandaraya-bandaraya Yichang, Hubei dan Fuling, Chongqing.[1]

Empangan Tiga Gaung dari hilir sungai
Empangan Tiga Gaung dari hulu sungai

Seperti mana empangan-empangan lain, tercetusnya perdebatan mengenai baik dan buruknya membina Empangan Tiga Gaung. Walaupun terdapat faedah ekonomi seperti kawalan banjir dan kuasa hidroelektrik, namun timbulnya juga kebimbangan terhadap masa hadapan 1.13 juta orang yang bakal dipaksa berpindah oleh kenaikan takat air, kehilangan banyak tapak-tapak arkeologi dan budaya yang bernilai, serta kesan terhadap alam sekitar.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Three Gorges Dam", UNEP, 20 Mei 2006. Dicapai pada 27 Mei. 
  2. 2.0 2.1 "Three Gorges dam wall completed", china-embassy, 20 Mei 2006. Dicapai pada 21 Mei. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 30.83° U 111.01° T