Hubei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wilayah Hubei

湖北省
Transkripsi Nama
 • Bahasa Cina湖北省 (Húběi Shěng)
 • SingkatanHB / (pinyin: È)
Pemandangan Gaung Xiling
Pemandangan Gaung Xiling
Peta menunjukkan lokasi Wilayah Hubei
Peta menunjukkan lokasi Wilayah Hubei
Koordinat: 31°12′N 112°18′E / 31.2°N 112.3°E / 31.2; 112.3Koordinat: 31°12′N 112°18′E / 31.2°N 112.3°E / 31.2; 112.3
Ibu kota
(dan bandar terbesar)
Wuhan
Pembahagian pentadbiran
Kerajaan
 • Setiausaha (CPC)Ying Yong
 • GabenorWang Xiaodong
Luas
 • Jumlah185,900 km2 (71,800 batu persegi)
Ranking kawasanke-13
Highest elevation
3,105 m (10,187 ft)
Populasi
 (2015)[3]
 • Jumlah58,500,000
 • Rankingke-9
 • Kepadatan310/km2 (820/batu persegi)
 • Rangking kepadatanke-12
Demografi
 • Kumpulan EtnikHan: 95.6%
Tujia: 3.7%
Miao: 0.4%
 • Bahasa dan dialekMandarin Barat Daya, Mandarin Jianghuai, Gan, Xiang
Kod ISO 3166CN-HB
KDNK (2017)CNY 3.65 trilion
USD 540.94 bilion [4] (ke-7)
 • per kapitaCNY 61,971
USD 9,179 (ke-11)
HDI (2014)0.754[5] (tinggi) (ke-13)
Laman webwww.hubei.gov.cn
(Tulisan Cina Ringkas)

Mengenai audio ini Hubei  (Bahasa Cina: 湖北; pinyin: Húběi; Ejaan peta pos: Hupeh) ialah sebuah wilayah di kawasan pedalaman Republik Rakyat China. Singkatannya ialah (pinyin: È), iaitu satu nama kuno yang berkaitan dengan bahagian timur wilayah ini sejak Dinasti Qin. Nama Hubei bermaksud "utara tasik", iaitu kedudukan Hubei di utara Tasik Dongting. Ibu wilayah Hubei ialah Wuhan.

Hubei bersempadan dengan Henan di utara, Anhui di timur, Jiangxi di tenggara, Hunan di selatan, Chongqing di barat, dan Shaanxi di barat laut. Empangan Tiga Gaung yang terkenal terletak di Yichang, di bahagian barat Hubei, dan begitu juga Universiti Tiga Gaung.

Satu nama tidak rasmi yang popular untuk Hubei ialah Chu (Bahasa Cina: ; pinyin: Chǔ), bersempena Negara Chu perkasa yang pernah wujud di sini ketika Dinasti Zhou Timur.

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Hubei terbahagi kepada 13 bahagian peringkat wilayah (iaitu 12 bandaraya peringkat prefektur dan satu prefektur autonomi), serta tiga bandaraya peringkat daerah yang ditadbir secara langsung dan satu kawasan perhutanan peringkat daerah yang ditadbir secara langsung.

Bandaraya separa peringkat prefektur:

Bandaraya peringkat prefektur:

Prefektur autonomi:

Tiga buah bandaraya peringkat daerah pentadbiran langsung yang lebih tepat dihuraikan sebagai bandaraya peringkat sub-prefektur:

Kawasan perhutanan peringkat daerah:

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Hubei sering digelar "Tanah Ikan dan Beras" (Bahasa Cina: 鱼米之乡; pinyin: yú mǐ zhī xiāng). Keluaran pertanian terpenting di Hubei termasuk kapas, beras, gandum, dan teh, manakala perindustriannya termasuk kereta, metalurgi, jentera, janaan kuasa, tekstil, makanan dan komoditi teknologi tinggi.

Sumber galian yang banyak didapati di Hubei termasuk boraks, hongsyiit, wolastonit, garnet, batu napal, besi, fosforus, tembaga, gipsum, rutil, garam batu, paduan emas, mangan dan vanadium. Simpanan arang boleh pulih di wilayah ini berada pada 548 juta ton, iaitu dianggap sederhana berbanding wilayah-wilayah lain di China.

Sebaik sahaja disiapkan, Empangan Tiga Gaung di Hubei barat akan menyediakan kuasa hidroelektrik yang kuat, dengan penghasilan kuasa tahunan dijangka pada 84,700 Gwh. Stesen hidroelektrik sedia ada termasuk Gezhouba, Danjiangkou, Geheyan, Hanjiang, Duhe, Huanglongtan, Bailianhe, Lushui dan Fushui.

Ekonomi Hubei adalah yang ke-12 terbesar di negara dan KDNK nominalnya untuk tahun 2006 ialah 749.7 bilion yuan (AS$96.9 bilion) dan per kapita 13,169 yuan (AS$1,709).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 30°58′04″N, 112°13′53″E

  1. ^ "Hubei--Survey" (dalam bahasa Inggeris). Ministry Of Commerce - People's Republic Of China. 25 April 2007. Diarkib daripada yang asal pada 5 August 2013. Dicapai pada 8 April 2018. Hubei {...} an area of 185,900 square km.
  2. ^ 湖北 [Hubei] (dalam bahasa Cina). The Central People's Government of the People's Republic of China. 26 March 2013. Diarkib daripada yang asal pada 8 July 2016. Dicapai pada 7 June 2016. 全省国土总面积18.59万平方公里
  3. ^ "Communiqué of the National Bureau of Statistics of People's Republic of China on Major Figures of the 2010 Population Census [1] (No. 2)" (dalam bahasa Inggeris). National Bureau of Statistics of China. 29 April 2011. Diarkib daripada yang asal pada 27 July 2013. Dicapai pada 4 August 2013.
  4. ^ 湖北省2017年国民经济和社会发展统计公报 [Statistical Communiqué of Hubei on the 2017 National Economic and Social Development] (dalam bahasa Cina). Statistical Bureau of Hubei. 2018-02-27. Diarkib daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 2018-06-22.
  5. ^ "China National Human Development Report 2016" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. m/s. 146. Diarkib (PDF) daripada yang asal pada 2017-01-07. Dicapai pada 2017-12-05.