Emping padi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Emping padi merupakan sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada padi. Padi pulut yang lewat ditanam, khas sebagai penutup musim menanam padi, biasanya lebih lambat masak dan akan dituai semasa masih hijau dan sesuai untuk dijadikan sebagai emping.

Padi tersebut akan di tuai dan digemal dan dilerai. Padi yang lerai tersebut akan ditumbuk dengan menggunakan lesung kayu. Gula dan kelapa parut akan dicampurkan bagi menghasilkan emping dan renga sebagai satu resmi yang menjadi tradisi dikalangan pesawah.

Pesta mengemping padi kebiasaannya menjadi satu acara yang dinantikan kerana pada masa dahulu, pada ketika itu lah para pemuda kampung dapat mencari pasangan hidup atau gadis-gadis kampung bergaul di bawah pengawasan orang-orang tua. Kg Lonek, Jempol merupakan salah satu kampung di Negeri Sembilan yang masih mengekalkan acara mengemping padi sebagai acara tahunan sehingga sekarang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]