Pergi ke kandungan

Keping salji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Emping salji)
Keping salji yang terkumpul atas tanah

Keping salji[1] ialah hablur air batu yang mencapai saiz mencukupi dan barangkalinya berkumpul dengan hablur lain sebelum menurun melalui atmosfera Bumi dalam bentuk salji.[2][3][halaman diperlukan] Setiap kepingan ini membentuk suatu teras sekitar zarah habuk dalam jisim udara sangat tepu (supersaturated air mass) dengan menarik perhatian titisan-titisan air awan sejuk yang membeku dan terkumpul menjadi hablur-hablur ini.[2] Kepingan-kepingan salji mempunyai pelbagai bentuk yang rumit dan terperinci yang terhasil akibat pengaruh suhu dan kelembapan atmosfera yang berubah-ubah.

Air batu sendiri bersifat lutsinar, namun kepingan yang terkumpul boleh juga kelihatan berwarna putih disebabkan struktur hablurnya membias keseluruhan spektrum cahaya nampak sekitaran.[1][4] Hablur-hablur air batu mempunyai jeriji yang bersambung-sambung membentuk heksagon, titik-titik bucu pada hekasgon ini pula membentuk enam cabang halus.[5]

Bentuk keping-keping salji yang pecah enam dahulunya sering diperikan seperti bunga, pencerapan terawalnya dicerapkan di China dalam Ulasan Luar Sajak Han 《韓詩外傳》bertarikh 530 SM zaman Han Timur:

「凡草木花多五出,雪花獨六出」- fán cǎomùhuā duō wǔ chū, xuěhuā dú liù chū[6]
"Bunga pohon rumput biasanya pecah lima, bunga salji pecah enam sahaja."

Kajian lain tentang keping salji diceburi dalam buku Katechismus der natuur yang dinukilkan Joannes Florentius Martinet tahun 1777, pengetahuan ini tersebar ke Jepun sebagai suatu "ilmu Belanda" yang diterokai Doi Toshitsura (土井 利位 • どい としつら), seorang pembesar mencatatkan pemerhatian keping-keping ini menggunakan teropong halus diajarkan orang Belanda dalam buku Pemeri Bergambar Bunga Salji (雪華図説 Sekka zusetsu) tahun 1832.[7]

  1. 1 2 "Salji". Ensaiklopedia Dualiran Bahasa Malaysia & Inggeris. Jil. 19. Preston. 1975. m/s. 3873–3875.
  2. 1 2 Knight & Knight 1973, m/s. 100.
  3. ↑ Hobbs, P.V. (1974). Ice Physics. Oxford: Clarendon Press.
  4. ↑ Lawson, Jennifer E. (2001). "Chapter 5: The Colors of Light". Hands-on Science: Light, Physical Science (matter). Portage & Main Press. m/s. 39. ISBN 978-1-894110-63-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Januari 2014. Dicapai pada 28 Jun 2009. {{cite book}}: Unknown parameter |deadurl= ignored (|url-status= suggested) (bantuan)
  5. ↑ Knight & Knight 1973, m/s. 102–103.
  6. ↑ 藝文類聚. Jil. 2 – melalui Chinese Text Project.
  7. ↑ Nakamura, Hisami; Cartwright, Julyan H. E. (September 2017). "Hot ice and wondrous strange snow – a history of ice and snow – part 3". Weather (dalam bahasa Inggeris). 72 (9): 272–275. doi:10.1002/wea.2964. ISSN 1477-8696.

Sumber-sumber

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]