Enamel gigi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Enamel gigi adalah lapisan luar gigi yang boleh dilihat dari permukaan. Lapisan ini mengandungi 5% air dan 95% zat bukan organik hidroksil apalit (senyawa kalsium fosfat) dan zat organik (protein dan mucopolysaccharide). Enamel merupakan bahagian terkuat di dalam tubuh manusia. Bahagian ini bahkan lebih kuat daripada tulang. Akan tetapi, enamel mudah terdedah kepada pembentukan asid dan bakteria. Enamel boleh menjadi larut atau rosak jika terkena zat-zat tersebut.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dr. Balkis binti Ghazali (18 September 2017). "Gigi yang Tidak Boleh Diselamatkan". Myhealth.gov.my. Dicapai pada 11 Julai 2019.