Gigi geraham kecil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Geraham kecil
Gray1003.png
Pandangan gigi kekal dari kanan.
Gray997.png
Gigi kekal separuh kanan lengkung gigi atas, dipandang dari atas.
Latin dentes premolares
Ruj. Gray subject #242 1118
MeSH Premolar

Gigi geraham kecil atau premolar merupakan gigi peralihan yang terletak di antara gigi taring dengan geraham. Pada manusia terdapat dua batang gigi geraham kecil untuk setiap suku rahang, maka keseluruhannya ada lapan batang gigi geraham kecil di dalam mulut.[1][2][3] Gigi geraham kecil seharusnya ada setidak-tidaknya dua kuspa. Gigi geraham kecil boleh dianggap sebagai 'gigi peralihan' ketika mengunyah. Ia memiliki sifat-sifat yang sama dengan gigi taring belakang dan gigi geraham depan, supaya makanan senang dipindahkan dari gigi taring ke geraham kecil dan seterusnya ke geraham besar untuk dikisar, daripada sekadar terus dari taring ke geraham.[4]

Semestinya terdapat satu kuspa pipi, terutama sekali pada gigi geraham kecil pertama di rahang bawah. Gigi geraham kecil bawah kedua selalunya didatangkan dengan dua kuspa lidah.[5]

Gigi geraham ditakrifkan sebagai gigi kekal yang jauh dengan gigi taring, didahului oleh gigi geraham susu.[6] Pada mamalia beruri primitif terdapat empat batang geraham kecil sesuku. Dua batang di tengahnya tersingkir pada Catarrhines (monyet dan mawas Dunia Lama, termasuk manusia). Ahli paleontologi menyebut Pm3 dan Pm4 untuk gigi geraham kecil manusia.[7]

Gambar tambahan[sunting | sunting sumber]

Rongga mulut  
Maksila kiri, permukaan luar.  
Tapak tengkorak, permukaan dalam.  

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Roger Warwick & Peter L. Williams, pengarang (1973), Gray’s Anatomy (edisi ke-35th), London: Longman, pp. 1218–1220 
  2. Weiss, M.L., & Mann, A.E (1985), Human Biology and Behaviour: An anthropological perspective (edisi ke-4th), Boston: Little Brown, pp. 132–135, 198–199, ISBN 0-673-39013-6 
  3. Glanze, W.D., Anderson, K.N., & Anderson, L.E, pengarang (1990), Mosby's Medical, Nursing, and Allied Health Dictionary (edisi ke-3rd), St. Louis, Missouri: The C.V. Mosby Co., p. 957, ISBN 0-8016-3227-7 
  4. Weiss, M.L., & Mann, A.E. (1985), pp.132-134
  5. Warwick, R., & Williams, P.L. (1973), p.1219.
  6. Warwick, R., & Williams, P.L. (1973), pp.1218-1219.
  7. Christopher Dean (1994). "Jaws and teeth". Dalam Steve Jones, Robert Martin & David Pilbeam (eds.). The Cambridge Encyclopedia of Human Evolution. Cambridge: Cambridge University Press. pp. 56–59. ISBN 0-521-32370-3.  Also ISBN 0-521-46786-1 (paperback)