Demam Nil Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ensefalitis Nil Barat)
Demam Nil Barat
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Virus Nil Barat
PengkhususanPenyakit berjangkit
GejalaTiada, demam, sakit kepala, muntah, ruam[1]
KerumitanEnsefalitis, meningitis[1]
Permulaan biasa
2 hingga 14 hari selepas pendedahan[1]
TempohBerminggu hingga berbulan[1]
PuncaVirus Nil Barat yang tersebar oleh nyamuk[1]
Berdasarkan gejala dan ujian darah[1]
PencegahanMengurangkan nyamuk, mencegah gigitan nyamuk[1]
RawatanPenjagaan sokongan (ubat sakit)[1]
Prognosis10% risiko kematian di kalangan mereka yang terjejas teruk[1]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Demam Nil Barat ialah jangkitan virus yang biasanya disebarkan oleh nyamuk.[1] Lebih kurang 75% jangkitan tersebut tidak mempunyai sedikit atau tiada gejala.[1] Sekitar 20% pula mengalami demam, sakit kepala, muntah, atau ruam.[1] Dalam kurang daripada 1% orang yang terjangkit, ensefalitis atau meningitis berlaku, dengan kekakuan leher, kekeliruan, atau sawan.[1] Pemulihan mungkin mengambil masa beberapa minggu hingga beberapa bulan[1]. Risiko kematian di kalangan mereka yang mengalami sistem saraf adalah kira-kira 10%.[1]

Virus Nil Barat biasanya disebarkan oleh nyamuk yang terjangkiti.[2] Nyamuk dijangkiti apabila mereka memakan burung yang dijangkiti.[2] Jarang sekali virus itu tersebar melalui pemindahan darah, pemindahan organ, atau dari ibu ke bayi semasa kehamilan, bersalin, atau penyusuan.[2] Ia sebaliknya tidak tersebar secara langsung di antara manusia.[3] Risiko yang menyebabkan penyakit lebih teruk termasuk usia lebih dari 60 tahun dan masalah kesihatan lain.[2] Diagnosis biasanya berdasarkan simptom dan ujian darah.[2]

Tiada vaksin manusia.[2] Kaedah terbaik untuk mengurangkan risiko jangkitan adalah mengelakkan gigitan nyamuk.[2] Ini boleh dilakukan dengan menghilangkan air yang bertakung, seperti pada tayar lama, baldi, saliran, dan kolam renang.[2] Penghalau nyamuk, jaring tingkap, kelambu, dan mengelakkan kawasan-kawasan di mana nyamuk membiak juga dapat membantu mengurangkan risiko.[2][3] Walaupun tiada rawatan khusus, ubat penahan sakit mungkin berguna.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o "General Questions About West Nile Virus". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 19 October 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 October 2017. Dicapai pada 26 October 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c d e f g h i j Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CDC2017Q2 tidak disediakan
  3. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan WHO2011 tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]