Erie Suzan
Erie Suzan | |
---|---|
Kelahiran | Terry Susanti 30 Disember 1978 |
Warganegara | Indonesia |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
Kerjaya muzik | |
Genre | Dangdut, Pop, R&B |
Syarikat rakaman | |
Erie Suzan (lahir di Lamongan, 30 Disember 1978; umur 45 tahun) merupakan seorang penyanyi, dan pelakon Indonesia yang dikenali lewat singlenya Mabok Duit pada tahun 1993.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Erie Suzan lahir di Lamongan pada tarikh 30 Disember 1978. Diawali kerana sering diminta menggantikan kakaknya untuk latihan nyanyi, kemudian menjuarai beberapa festival menyanyi rock, pop, dan dangdut di Jawa Timur. Ia kemudian hijrah ke Jakarta kerana mendapat hadiah rakaman sebagai juara 1 salah satu Festival Rock se Jawa Timur, tetapi akhirnya ditunda kerana usianya yang masih sangat kecil. Masa penantian ini membawanya menjadi penyanyi pengiring pada show muzik beberapa artis, seperti Slank, Anggun C. Sasmi, dan Yossy Lucky.
Terlalu lama tak ada kepastian untuk rakaman, Erie Suzan memutuskan untuk kembali ke Lamongan, kerana biaya hidup di Jakarta yang tinggi. Namun, dua hari menjelang kepulangannya ke Jawa Timur, Erie Suzan mengikuti Festival Dangdut se-Jabotabek dan berjaya menjadi juara 1 dan mendapat piala dari Rhoma Irama. Seorang penerbit langsung tertarik untuk merakam sebuah album dangdut pertama Erie Suzan yang bertajuk "Mabok Duit" pada tahun 1992, dan saat itu Erie Suzan masih duduk di bangku SMP.
Selepas itu beberapa hits dangdut seperti "Jangan Buang Waktuku", "Muara Kasih Bunda", telah dihasilkannya. Tidak berhenti sampai di situ, beberapa single hits duet diantaranya bersama Yus Yunus, alm. Abiem Ngesti, alm. Farid Harja, Adibal, dan Beniqno kembali dihasilkan. Dua album trio lainnya ialah bersama Ikke Nurjanah, Mila Roza, Iis Dahlia, dan Dewi Purwati. Karyanya terakhir ialah Album D'Duta (8 Diva Dangdut Indonesia), yang didalamnya terdapat hits single "Tak Bisa Menunggu" dan "Sabda Cinta" duet bersama Iyeth Bustami.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]- Mabok Duit
- Khusus Malam Ini
- Jangan Buang Waktuku
- Tak Dapat Menunggu
- Aku Rindu
- Menjelma Petir
- Sunyi
- Kapan Pulang album Yus Yunus kertas putih
FTV
[sunting | sunting sumber]- Aku Ingin Dicintai Suamiku (2016) sebagai Nina
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2023 | Anugerah Musik Indonesia 2023 | Artis Solo/Grup/Kolaborasi Melayu Terbaik | Menang |