Jawa Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Provinsi Jawa Timur

꧋ꦗꦮꦮꦺꦠꦤ꧀꧈
Negeri Jawa Timur
Pemerintah Provinsi Jawa Timur
Transkripsi Other
 • JawaJawa Wetan
 • Aksara Jawaꦑꦧꦸꦥꦠꦺꦤ꧀ꦧꦪꦸꦮꦔꦶ
Jambatan Suramadu, jambatan yang menghubungkan pulau Jawa dan Pulau Madura
Jambatan Suramadu, jambatan yang menghubungkan pulau Jawa dan Pulau Madura
Bendera bagi Provinsi Jawa Timur
Official seal of Provinsi Jawa Timur
Jata
Moto: 
Jer Basuki Mawa Béa

ꦗꦼꦧꦂꦱꦸꦏꦶꦩꦮꦧꦺꦪ

(Melayu: Keberhasilan memerlukan suatu pengorbanan)
Lokasi Negeri Jawa Timur di Indonesia
Lokasi Negeri Jawa Timur di Indonesia
Koordinat: 7°16′S 112°45′E / 7.267°S 112.750°E / -7.267; 112.750Koordinat: 7°16′S 112°45′E / 7.267°S 112.750°E / -7.267; 112.750
Negara Indonesia
Ditubuhkan26 November 1948, sebagai Negara Jawa Timur
Menyertai Republik Indonesia9 Mac 1950
Diberikan taraf Negeri14 Ogos 1950
Ibu NegeriSurabaya
Kerajaan
 • JenisKerajaan Negeri
 • GabenorKhofifah Indar Parawansa (PKB)
 • Timbalan GabenorEmil Elestianto Dardak
Luas
 • Jumlah47,922 km2 (18,503 batu persegi)
Ketinggian
5 m (16 ft)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah37,476,011
 • Kepadatan780/km2 (2,000/batu persegi)
Demografi
 • Kelompok etnikJawa (79%), Madura (18%), Osing (1%), Cina (1%)[1]
 • AgamaIslam (96.36%), Kristian (2.4%), Budisme (0.6%), Hinduisme (0.5%), Konfusianisme 0.1%, Kejawen juga diamalkan[2]
 • BahasaIndonesia, Jawa, Madura
Zon waktuUTC+07:00
Poskod
60xxx - 69xxx
Kod Panggilan031, 0321-0358
GeokodID-JW
Kod ISO 3166ID-JI
Plat KenderaanP, N, L, W, M, AG, AD, AE, S
Laman webjatimprov.go.id

Jawa Timur (disingkat Jatim, bahasa Jawa: ꦙꦮꦶꦮꦺꦠꦤ꧀, Pegon: جاوي وَيتان, translit. Jawi Wétan, Madura: Jhâbâ Tèmor) ialah sebuah provinsi di hujung timur Pulau Jawa dengan wilayah yang juga meliputi Pulau Madura dan Bawean. Ibu kotanya adalah Surabaya, kota terbesar kedua di Indonesia.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Jawa Timur bersempadan dengan Laut Jawa di utara, Selat Bali di timur, dan Lautan Hindi di selatan. Di bahagian barat, Jawa Timur bersempadan dengan Jawa Tengah.[3]

Panjang wilayah Jawa Timur dari arah barat hingga ke timur adalah sekitar 400 km. Sementara lebar wilayah Jawa Timur dari utara ke selatan adalah tidak sekata. Lebarnya sekitar 200 km di kawasan barat, tetapi mengecil menjadi sekitar 60 km di tengah-tengah, dan sekitar 105 km di timur.[4]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk Jawa Timur pada 2020 ialah 40,665,696 orang, dengan kepadatan 851 orang/km2.[5] Berdasarkan bancian sama, kabupaten dengan jumlah penduduk terbanyak ialah Kabupaten Malang dengan jumlah penduduk sebanyak lebih 2.65 juta orang, dan kota dengan jumlah penduduk terbanyak ialah Kota Surabaya dengan 2.874 juta orang.[5] Kadar pertumbuhan penduduk ialah 0.76% setahun (2010).

Etnik[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan bancian kebangsaan 2010, kebanyakan suku penduduk Jawa Timur ialah etnik tempatan, yakni Jawa (80.69%) dan Madura (17.53%).[6] Kepelbagaian di Jawa Timur secara amnya ketara, terutama dalam kalangan suku Jawa yang mempunyai banyak subsuku. Suku Jawa tersebar hampir di seluruh wilayah Jawa Timur daratan (kecuali di Situbondo dan Bondowoso). Suku Madura secara amnya mendiami wilayah Pulau Madura dan sebagian daerah Tapal Kuda, terutamanya di daerah pesisir utara dan timur. Di sejumlah kawasan Tapal Kuda, warga Madura Pendalungan menjadi majoriti di wilayah tersebut. Hampir di seluruh kota di Jawa Timur, terdapat minoriti suku Madura, dan umumnya bekerja di sektor informal.

Orang Kangean mendiami Pulau Kangean di Kepulauan Kangean. Orang Bawean pula mendiami Pulau Bawean di utara Kabupaten Gresik. Orang Tengger pula tersebar di Pegunungan Tengger dan sekitarnya. Orang Osing pula menetap di sebahagian Kabupaten Banyuwangi. Orang Samin tinggal di sebahagian pedalaman Kabupaten Bojonegoro.

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Bahasa rasmi pemerintahan Jawa Timur ialah bahasa Indonesia. Setakat 2019, Badan Bahasa mencatat bahawa terdapat beberapa bahasa tempatan dominan di Jawa Timur, termasuk bahasa Jawa, Madura, Bajo, dan Kangean.[7][8]

Agama[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan penduduk Jawa Timur umumnya menganut agama Islam, dan sebagian kecil lainnya menganut agama Kristian (Katolik dan Protestan), Hindu, dan Buddha. Sebahagian penduduk, terutamanya suku Jawa, juga masih memegang teguh fahaman adat Kejawen. Warga Madura secara umumnya beragama Islam dan terkenal kerana sangat taat dalam menjalankan agama Islam. Suku Osing secara majoriti beragama Islam, manakala suku Tengger pula kebanyakannya menganut Hinduisme.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Indonesia's Population: Ethnicity and Religion in a Changing Political Landscape. Institute of Southeast Asian Studies. 2003.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2013-04-08.
  3. ^ Sukandar, dkk. (Disember 2016). Profil Desa Pesisir Provinsi Jawa Timur Volume 1 (Utara Jawa Timur) (PDF). Surabaya: Bidang Kelautan, Pesisir, dan Pengawasan, Dinas Perikanan dan Kelautan Provinsi Jawa Timur. m/s. 1. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-05-31. Dicapai pada 2023-05-19.
  4. ^ Arief, S., Soedharsono S., B., dan Sumarno (1999). Pembangunan Lima Tahun Propoinsi Jawa Timur 1969–1988 (PDF). Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 7. ISBN 979-9335-09-4. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2022-07-16. Dicapai pada 2023-06-04.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ a b "Provinsi Jawa Timur Dalam Angka 2023". www.jatim.bps.go.id. BPS Provinsi Jawa Timur. m/s. 56. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 2023-07-17. Dicapai pada 17 Julai 2023.
  6. ^ "Kewarganegaraan Suku Bangsa, Agama, Bahasa 2010" (PDF). demografi.bps.go.id. Badan Pusat Statistik. 2010. m/s. 23, 36–41. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-07-12. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  7. ^ "Bahasa di Provinsi Jawa Timur". Bahasa dan Peta Bahasa di Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-30. Dicapai pada 25 Mei 2020.
  8. ^ "Penyebaran Bahasa di Indonesia". Bahasa dan Peta Bahasa di Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-11. Dicapai pada 25 Mei 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]