Escalope

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Escalope

Escalope (turut dieja escallope) ialah sekeping daging yang tidak bertulang dan dinipiskan menggunakan tukul daging,[1][2] torak[2] atau diketuk dengan pemegang pisau.[3] Penukul daging itu akan memecahkan serat daging dan menjadikannya lebih lembut manakala daging yang nipis itu memudahkan masak dengan cepat tanpa kehilangan banyak kelembapan.

Saiz biasa[sunting | sunting sumber]

Saiz biasa bagi escalope untuk industri makanan ialah dari 113 hingga 227 g (4–8 oz).

Paillard atau scallop[sunting | sunting sumber]

Paillard ialah istilah masakan Perancis yang merujuk kepada daging yang dipmasak pantas, dihiris nipis atau yang dipukul.[4] Di Perancis, ia banyak menggantikan perkataan escalope.[4]

Potongan tersebut juga turut dikenali sebagai "scallop" di AS.[2]

Asal usul[sunting | sunting sumber]

Istilah escalope berasal dari Perancis.[2] Ia mula muncul dalam terminologi masakan pada lewat abad ke-17 sebagai pernyataan dialek kekampungan di timur laut Perancis[5] yang asalnya bermaksud kacang bercangkerang atau moluska: veau à l'escalope (daging anak lembu dimasak cara escalope).[5] Pada masa itu, escalope sentiasa bermakna daging anak lembu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Charles G. Sinclair (1998). International Dictionary of Food and Cooking. Chicago, Illinois, USA: Fitzroy Dearborn Publishers. m/s. 190. ISBN 1-57958-057-2. Dicapai 27 August 2012. 
  2. ^ a b c d "Escalope - Kitchen Dictionary - Food.com". Recipezaar.com. 2014-03-24. Dicapai 2014-08-27. 
  3. ^ "Escalope". Probertencyclopaedia.com. Dicapai 2014-08-27. 
  4. ^ a b Zeldes, Leah A. (2010-09-22). "Eat this! Paillard, pounded meat, quick and versatile". Dining Chicago. Chicago's Restaurant & Entertainment Guide, Inc. Dicapai 2010-11-17. 
  5. ^ a b "escalope". Everything2.com. 2006-11-02. Dicapai 2014-08-27.