Daging anak lembu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daging lapahan anak-anak lembu di Pasar Antarabangsa Rungis, Perancis

Daging anak lembu (veal) diperolehi daripada lembu yang masih muda baik dari seawal hanya beberapa hari selepas dilahirkan[1] hingga 12 bulan.[2] Daging ini umumnya dihasilkan dari lembu jantan baka lembu susu[3] (50% lembu susu diternakan[4][5]) yang dianggap tiada berguna lagi menguntungkan jika dibesarkan hingga dewasa sekalipun berbanding anak baka lembu daging.[6][7]

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Daging ini adalah bahan penting dalam seberapa masakan Eropah, antaranya:

Daging ini mengandungi lebih sedikit lemak dibandingkan daging lembu dewasa. Organ-organ dalaman tertentu seperti hati, ginjal, sumsum tulang, kelenjar timus, dan pankreas turut digemari dalam masakan sebegini.[8]

Perut anak lembu muda dahulunya sumber paling lazim dalam menghasilkan renet yang memainkan peranan penting dalam pembuatan keju dan seberapa bahan tenusu lain.

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Penyusuan[sunting | sunting sumber]

Anak lembu yang baru lahir diberikan seberapa waktu terhad induknya antara beberapa jam hingga beberapa hari.[6][7]

Biji-bijian mulai diberikan ke lembu muda yang berusia enam minggu ke atas yang lalu menjadi pakan utama hingga disembelih.[5] Sebahagian besar pakan lembu muda adalah susu dan hasil tenusu[7] lagi-lagi dicampur dengan susu skim, kasein dan produk samping lainnya.

Anak-anak lembu ternakan lepas pula lebih bebas memakan berbagai jenis makanan semula jadi termasuk air susu induknya, rumput dan air segar. Lembut muda yang dibesarkan dengan cara ini juga tidak diberikan sebarang antibiotik dan ubat-ubatan.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Veal". Encyclopaedia Britannica. Dicapai pada 2013-08-12.
  2. ^ Hickman, Martin (2 September 2006). "The ethics of eating: The appeal of veal". Independent News and Media Limited. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-12. Dicapai pada 2015-01-18.
  3. ^ "Is veal cruel?". BBC Food - Food matters. BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-29. Dicapai pada 2013-08-12. |first= missing |last= (bantuan)
  4. ^ "All About Veal Housing". Ontario Veal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-26. Dicapai pada 2013-08-12.
  5. ^ a b "OFAC.org Veal issue center". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-09. Dicapai pada 2015-01-18.
  6. ^ a b "CCFA - Veal Calves". HumaneFood.ca. Dicapai pada 2013-08-12.
  7. ^ a b c "Veal Farm FAQ". Vealfarm.com. Dicapai pada 12 Ogos 2013.
  8. ^ Montagné, P. (2007). New Concise Larousse Gatronomique. Hamlyn. m/s. 1233.
  9. ^ "HSUS Welfare of Veal Calves". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-30. Dicapai pada 2015-01-18.