Esofagus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Esophagus
Illu01 head neck.jpg
Kepala dan leher.
Abdomal organs.svg
Organ pencernaan. (Esophagus is #1)
Butiran
Pendahulu Foregut
Sistem Sebahagian Sistem pencernaan
Arteri Arteri esofagus
Urat Urar esofagus
Saraf Ganglia selia, vagus[1]
Pengenalpastian
nama bahasa Latin Oesophagus
MeSH D004947
TA A05.4.01.001
FMA FMA:7131
Terminologi anatomi

Esofagus ialah sejenis organ dalam vertebrat yang terdiri daripada tiub berotot yang dilalui oleh makanan dari farinks ke perut. Ketika ditelan, makanan berlalu dari mulut melalui farinks ke dalam esofagus, dan berjalan secara peristalsis ke dalam perut. Perkataan esophagus berasal dari perkataan Latin œsophagus, yang berasal dari perkataan Yunani oisophagos, yang bererti "pintu masuk untuk makan." Esofagus manusia bersinambung dengan bahagian larinks dalam farinks di aras vertebra C6. Esofagus melalui mediastinum posterior dalam toraks dan memasuki abdomen melalui lubang dalam diafragma di aras vertebra toraks kesepuluh (T10). Esofagus ini lazimnya kira-kira 25cm, tetapi pernah dicatatkan esofagus berukuran 10–50 cm mengikut ketinggian badan individu. Esofagus terbahagi kepada baahgian serviks, toraks dan abdomen. Disebabkan otot pencerut farinks bawah, kemasukan ke dalam esofagus dibuka hanya ketika menelan atau memuntah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:System and organs