Etinilestradiol/levonorgestrel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Etinilestradiol/levonorgestrel
Kombinasi
EtinilestradiolEstrogen
LevonorgestrelProgestogen
Data klinikal
Nama dagangAltavera, Alysena, Amethyst, lain-lain[1]
Nama lainEE/LNG
AHFS/Drugs.comMonograph
MedlinePlusa601050
Kaedah
pemberian
Mulut
Kod ATC
Status perundangan
Status perundangan
Pengecam
Nombor CAS
KEGG
Rigevidon, contoh pil perancang campuran etinilestradiol/levonorgestrel

Etinilestradiol/levonorgestrel (EE/LNG) ialah pil kawalan kelahiran campuran yang terdiri daripada ethinylestradiol, estrogen dan levonorgestrel, sejenis progestin.[2] Ia digunakan untuk kawalan kelahiran, gejala haid, endometriosis, dan sebagai kontraseptif kecemasan.[1][2] Ia diambil melalui mulut.[1] Sesetengah persediaan EE/LNG juga mengandungi tambahan zat besi dalam bentuk ferus bisglisinat atau ferus fumarat.[3]

Kesan sampingan boleh termasuk loya, sakit kepala, darah beku, sakit payudara, kemurungan dan masalah hati.[2] Penggunaan tidak disyorkan semasa kehamilan, tiga minggu awal selepas bersalin, dan pada mereka yang berisiko tinggi pembekuan darah.[2] Walau bagaimanapun, ia boleh dimulakan serta-merta selepas keguguran atau pengguguran.[4] Merokok semasa menggunakan pil kawalan kelahiran gabungan tidak digalakkan.[1] Ia berfungsi dengan menghentikan pengovulan, menjadikan mukus pada pembukaan serviks tebal, dan membuatkan rahim tidak sesuai bagi penempelan.[1]

Ethinylestradiol/levonorgestrel telah diluluskan untuk kegunaan perubatan di Amerika Syarikat sekurang-kurangnya sejak 1982.[1] Ia berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[5] Ia boleh didapati sebagai ubat generik.[6] Ia dipasarkan di bawah sebilangan besar nama jenama.[1] Pada tahun 2020, ia merupakan ubat ke-159 yang paling kerap dipreskripsi di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 3 juta preskripsi.[7][8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g "Ethinyl estradiol and levonorgestrel medical facts from Drugs.com". www.drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 January 2017. Dicapai pada 1 January 2017.
  2. ^ a b c d World Health Organization (2009). Stuart MC, Kouimtzi M, Hill SR (penyunting). WHO Model Formulary 2008. World Health Organization. m/s. 363–5. hdl:10665/44053. ISBN 9789241547659.
  3. ^ Editor in Chief, Richard J. Hamilton MD FAAEM FACMT FACEP (30 April 2020). Tarascon Pocket Pharmacopoeia 2020 Deluxe Lab-Coat Edition. Jones & Bartlett Learning. m/s. 347–. ISBN 978-1-284-40304-6.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  4. ^ "Erlibelle 30micrograms/150micrograms film-coated tablets - Summary of Product Characteristics (SPC) - (eMC)". www.medicines.org.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 January 2017. Dicapai pada 1 January 2017.
  5. ^ World Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines: 21st list 2019. Geneva: World Health Organization. hdl:10665/325771. WHO/MVP/EMP/IAU/2019.06. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.
  6. ^ Hamilton, Richart (2015). Tarascon Pocket Pharmacopoeia 2015 Deluxe Lab-Coat Edition. Jones & Bartlett Learning. m/s. 349. ISBN 9781284057560.
  7. ^ "The Top 300 of 2020". ClinCalc. Dicapai pada 7 October 2022.
  8. ^ "Ethinyl Estradiol; Levonorgestrel - Drug Usage Statistics". ClinCalc. Dicapai pada 7 October 2022.