Exposition Universelle (1889)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Exposition Universelle 1889 (Perancis: [ɛkspozisjɔ̃ ynivɛʁsɛl]) ialah pesta sedunia yang diadakan di kota Paris, Perancis, dari tanggal 6 Mei hingga 31 Oktober 1889. Pameran ini diadakan pada tahun yang sama dengan sambutan memperingati 100 tahun Serbuan Bastille, iaitu peristiwa yang dianggap sebagai titik permulaan kepada Revolusi Perancis.

Pesta ini diadakan di kawasan seluas 0.96 km2, termasuk Champ de Mars, Trocadéro, quai d'Orsay, sebagian sungai Seine, dan Invalides. Untuk mengelilingi pameran dilayani oleh kereta api Decauville digunakan sebagai pengangkutan khas mengelilingi pameran sepanjang 3 km dan selebar 600 milimeter. Kereta api ini dikatakan telah mengangkut sebanyak 6,342,446 orang penumpang sepanjang tepmpoh operasi selama enam bulan. Beberapa lokomotif yang digunakan di landasan ini kemudian dipakai di jalur kereta api Calvados.[1]

Simbol utama pameran ini ialah Menara Eiffel di pintu masuk pameran. Pada awalnya, menara ini dikritik oleh artis dan kelompok intelektual Perancis kerana rancangannya yang tidak biasa, tetapi kini menara ini telah menjadi lambang Perancis dan salah satu struktur paling terkenal di dunia.[2]

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "UN P'TIT CALVA". Andy Hart/SNCF Society. Diarkibkan daripada asal pada 2007-10-30. Dicapai 2008-02-21. 
  2. ^ SETE. "The Eiffel Tower at a glance". Official Eiffel Tower website. Diarkibkan daripada asal pada 14 April 2016. Dicapai 15 April 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Rekod
Didahului oleh
Monumen Washington
Struktur tertinggi di dunia
1889–1931
300,24m
Diikuti oleh:
Gedung Chrysler