Fahr bin Malik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fahr bin Malik
(Bahasa Arab: فهر بن مالك‎)
Terkenal keranaMoyang Muhammad dan Bani Quraisy
PasanganLayla binti Al-Harits
AnakGhalib, Muharib, Harits, Asad, Auf, Jaun, dan Dhi'b
Ibu bapaMalik bin An-Nadhr
Jandalah binti al-Harb (Jurhum)

Fahr bin Malik (Bahasa Arab: فهر بن مالك‎), atau juga dikenali dengan nama Quraisy,[1] ialah datuk moyang kesepuluh Nabi Muhammad. Salasilah lengkapnya ialah Fahr bin Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Elyas bin Mudar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.[2]

Fahr bin Malik ialah salah seorang ketua daripada Bani Kinanah.[1] Beliau dan keturunannya menetap di kota Makkah di rantau Hijaz dan merupakan moyang kepada seluruh suku Quraisy.[2]

Fahr bin Malik mengetuai penduduk Makkah untuk melawan tentera negara Himyar apabila mereka datang untuk memindahkan Kaabah ke Yaman, dan berjaya mengalahkan tentera tersebut.[2] Fahr bin Malik membangkitkan pasukan gabungan yang terdiri daripada kaum Quraisy, Bani Kinanah, Bani Khuzaimah, Bani Asad, Bani Judham, dan beberapa suku Mudar lainnya.[3] Raja Himyar Hassan bin Abdu Kalal bin Mathub bin Dzu Hurath al-Himyari berjaya ditangkap, dan selepas tiga tahun baru dibebaskan setelah membayar wang tebusan.[3]

Selain itu, Fahr bin Malik juga memberi perhatian kepada keperluan jemaah haji yang datang ke Makkah, sedangkan untuk kehidupannya beliau berdagang dengan suku-suku Arab yang lain.[2]

Perkahwinan Fahr bin Malik dengan Layla binti Al-Harith bin Tamim bin Sa'ad bin Hudzail bin Mudrikah[3] menghasilkan beberapa anak, iaitu Ghalib (yang mempunyai banyak keturunan), Muharib, Harith,[2] Asad, Auf, Jaun, dan Dhi'b.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Abdullah ibn Muhammad ibn Abdul Wahab (2006). Biography of the Prophet. 1 dari Mukhtasar Sirat Al-Rasul. Diterjemahkan oleh Sameh Strauch. Riyadh: Maktaba Darussalam. m/s. 12-14. ISBN 978-9960-9803-2-4, 9960980324. 
  2. ^ a b c d e Moenawar Khalil (2001). Kelengkapan tarikh Nabi Muhammad. 1. Gema Insani. m/s. 37-42. ISBN 978-979-561-710-5, 9795617109. 
  3. ^ a b c d Ṭabarī (1988). The History of al-Tabari: Muhammad at Mecca. 6 dari Bibliotheca Persica. Terjemahan dan anotasi oleh William Montgomery Watt dan Michael V. McDonald. SUNY Press. m/s. 28-29. ISBN 978-0-88706-706-8, 0887067069.