Muhammad ibn Jarir al-Tabari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cendekiawan Parsi
Zaman Pertengahan
Tabari.jpg
Abu Jafar Muhammad bin Jarir at-Tabari
Nama: Muhammad ibn Jarir al-Tabari
Kelahiran: 224AH
Kematian: 310AH
Mazhab: Jariri

Abu Jafar Muhammad bin Jarir al-Tabari atau Ibnu Thabari atau Ibnu Thabary (Bahasa Arab: أبو جعفر محمد بن جرير الطبري‎, 838-923 M), ialah seorang mujtahid, sejarawan dan pemikir Muslim dari Iran. Beliau dilahirkan di daerah Amol, Tabaristan (sebelah selatan Laut Kaspia). Semasa hidupnya, beliau belajar di kota Rayy, Baghdad, kemudian Syria dan juga di Mesir.

Karyanya yang terkenal antara lain: Tārikh ur-Rusul wal-Mulūk (Bahasa Arab: تاريخ الرسل والملوك‎, ("Sejarah para Nabi dan Raja"), yang berisi sejarah dunia sehingga tahun 915 M, dan terkenal kerana ketepatannya dalam menulis sejarah Arab dan Muslim.

Karyanya yang lain yang juga terkenal ialah tafsir Al-Quran bernama Tafsir al-Tabari, yang sering digunakan sebagai sumber oleh pemikir Muslim yang lain, seperti Baghawi, Suyuti dan juga Ibnu Kathir.