Faiz Khaleed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mejar Dr.
Faiz bin Khaleed
Angkasawan ANGKASA
KewarganegaraanMalaysia
StatusAktif
Lahir (1980-09-15) 15 September 1980 (umur 38)
Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan lainDoktor gigi tentera
PangkatMejar
PemilihanProgram Angkasawan 2006
MisiTiada
Dr. Faiz bin Khaleed (kanan sekali) bersama anggota Soyuz TMA-11

Mejar Dr. Faiz bin Khaleed (lahir 15 September 1980) merupakan angkasawan Malaysia dan juga doktor gigi tentera bersama Angkatan Tentera Diraja Malaysia. Beliau akan melanjutkan pelajaran di Peringkat Sarjana dalam bidang aeroangkasa di Rusia melalui Biasiswa Sains Negara serta terus menjalani latihan tertentu bagi misi kedua itu.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada September 2006, beliau dipilih sebagai salah seorang daripada dua calon untuk menjalani latihan di Star City, Russia sebagai sebahagian daripada Program Angkasawan Malaysia. Calon lain adalah Sheikh Muszaphar Shukor.

Pada 2007, Sheikh Muszhaphar dipilih mengikuti penerbangan ke Stesen Angkasa Antarabangsa melalui Ekspedisi 16 dengan menaiki Soyuz TMA-11 pada Oktober 2007.[2]

Faiz Khaleed bersedia untuk ke angkasa lepas pada 2008 atau 2009 jika Malaysia membuat keputusan untuk meneruskan penerokaan angkasa lepas yang kedua.[3]

Pada 22 Oktober 2007, Faiz dilantik sebagai Mejar.

Malaysia membuat keputusan untuk meneruskan penerokaan angkasa lepas kedua yang mana akan dilakukan pada 2010.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dengan misi kedua Malaysia untuk menghantar pada tahun 2011, Faiz Khaleed telah bersetuju untuk hidup membujang sehingga selesai misi penghantaran Angkasawan Malaysia kedua.[4] Saranan untuk tidak mendirikan rumahtangga ini telah dicadangkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (kini Allahyarham).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]