Fakku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Fakku
FAKKU Logo White.png
Jenis laman web
Penerbitan hentai dan manga
Terdapat dalam bahasaInggeris
PemilikJacob Grady (Pengasas, KPE)
URLwww.fakku.net
KomersialYa
Dilancarkan pada2006; 15 tahun yang lalu (2006)
Status terkiniAktif

Fakku (digayakan sebagai FAKKU!, atau ringkasnya F!) ialah penerbit hentai berbahasa Inggeris terbesar di dunia.[1] Laman web ini menarik lebih dari 1 bilion paparan halaman sebulan dan lebih daripada 9 juta pelawat unik.[2]

Fakku pada awalnya merupakan penghimpun yang menyediakan pengguna dengan scanlation (imbas terjemah) manga dewasa dan dōjinshi dari Jepun. Pada mulanya, kandungannya dimuat secara eksklusif oleh pentadbir laman web, tetapi kemudian hak istimewa ini dikongsi dengan masyarakat yang membolehkan penterjemah dapat melihat karya mereka oleh pembaca yang jauh lebih besar. Namun pada akhir 2015, Fakku membuat peralihan perkhidmatannya kepada penerbitan manga hentai berlesen rasmi.[3]

Fakku dan penciptanya Jacob Grady mempunyai hubungan kenalan dengan Danny Choo, seorang personaliti TV dan blogger dari Malaysia. Pada Anime Expo 2010, 2011, dan 2012 (di Los Angeles, California) Jacob dan Danny mengadakan pertemuan komuniti yang menarik para peminat dan pengguna yang besar.[4][5][6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Fakku diciptakan pada bulan Disember 2006 oleh Jacob Grady semasa dia belajar sains komputer di Massachusetts.[7] Fakku dikembangkan dengan nama kod "AAH" atau "All About Hentai" (yang kemudian menjadi tajuk kecil laman web tersebut). Jacob pada mulanya menggunakan wang daripada pinjaman pelajar untuk membayar kos pelayan dan lebar jalur, tetapi itu dengan cepat menjadi tidak berkekalan dan tidak lama kerana selepas pelancarannya Fakku terpaksa ditutup. Fakku kembali beroperasi setelah sumbangan pengguna menyelamatkan laman web tersebut pada Julai 2007.

Pada 21 Disember 2018, laman web strim dan sari kata peminat hentai, Hentai Haven (yang ditutup sehari sebelumnya) mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan Fakku untuk mewujudkan semula laman web ini.[8] Pada 11 Mei 2019, laman web Hentai Haven memulakan kiraan untuk ia mula beroperasi semula dan diaktifkan semula mulai 12 Mei 2019.

Pada 7 Julai 2019, PapaHH, pengasas Hentai Haven, membuka mulut dan menyiarkan mesej di laman utama laman web itu, dengan mendakwa bahawa "Fakku telah mengambil alih dan mengeluarkan [dia] sepenuhnya."[9] Grady mengakui bahawa dia mempunyai dendam terhadap Hentai Haven, kerana ini adalah hasil carian pertama apabila seseorang mencari "hentai" di Google dan bukannya Fakku, yang menurutnya ialah satu-satunya penerbit hentai rasmi di Amerika Syarikat.[9] Diumumkan sehari kemudian bahawa Grady dan PapaHH telah menyelesaikan masalah ini secara peribadi,[10] lalu laman web tersebut dimasukkan kembali dalam talian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hentai Manga Publisher Fakku Acquires Hentai Anime Publisher Kitty Media" (dalam bahasa Inggeris). 2017. Dicapai pada 11 Februari 2018.
  2. ^ "About Fakku!" (dalam bahasa Inggeris). 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Februari 2018. Dicapai pada 2013-07-26.
  3. ^ Orsini, Lauren (July 16, 2015). "How One Website Is Convincing People To Pay For Cartoon Porn". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Jun 2020.
  4. ^ Choo, Danny. "Fakku x Culture Japan Meetup" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Oktober 2011.
  5. ^ "Home from Anime Expo!" (dalam bahasa Inggeris). FAKKU. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2010. Dicapai pada 19 Oktober 2011.
  6. ^ "FAKKU x Danny Choo Meetup!" (dalam bahasa Inggeris). FAKKU. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2011. Dicapai pada 19 Oktober 2011.
  7. ^ Fakku! Anime Expo 2011 Q and A Panel Part 1 (dalam bahasa Inggeris). 2011. Dicapai pada 12 Oktober 2011.
  8. ^ "HentaiHaven (Official Site)" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Disember 2018.[pautan putus]
  9. ^ a b Cecilia D'Anastasio (8 Julai 2019). "Hentai Sites Go To War, Leaving Animated Porn's Future In Doubt". Kotaku (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Julai 2019.
  10. ^ Ignacio Martinez (11 Julai 2019). "Inside the porn civil war between Hentai Haven and FAKKU". The Daily Dot (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Julai 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]