Falsafah matematik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Falsafah matematik ialah suatu cabang falsafah yang mengkaji anggapan-anggapan falsafah, dasar-dasar dan implikasi berkenaan matematik. Tujuan falsafah matematik ialah untuk memberikan sifat dan metodologi matematik dan memahami kedudukan matematik dalam kehidupan manusia. Sifat logik dan terstruktur bidang matematik itu sendiri membuat pengkajian ini meluas dan unik dalam kalangan bidang falsafah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal-usul matematik masih berada dalam perhujahan dan pertentangan. Persoalan sama ada kelahiran matematik berlaku secara rawak atau disebabkan oleh keperluan dalam perkembangan bidang-bidang lain seperti fizik masih menjadi topik perbahasan.[1][2] Falsafah matematik Barat dapat ditarikh balik ke zaman Pythagoras yang menggambarkan teori bahawa "semua perkara ialah matematik" (matematikisme), Plato yang menuruti Pythagoras, dan mengkaji sifat ontologi perihal matematik, dan Aristoteles yang mempelajari logik dan isu-isu yang berkait dengan ketakterhinggaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Is mathematics discovered or invented?". University of Exeter. Dicapai pada 28 Mac 2018.
  2. ^ "Math: Discovered, Invented, or Both?". pbs.org. Dicapai pada 28 Mac 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]