Famadihana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mayat yang diarak dalam acara famadihana

Famadihana adalah tradisi pemakaman yang khusus dalam kalangan masyarakat Malagasi pulau Madagaskar. Upacara ini dilakukan dengan mengeluarkan jasad-jasad leluhur daripada perkuburan keluarga, membungkusnya kembali dengan kain suci yang baru, dan diarakkan berpesta dengan menari-nari sekitar pekarangan disertai iringan muzik.[1]

Perkataan famadihana adalah terbitan kata kerja vadika dalam bahasa Malagasi[2][3] sekembar kata balik dalam bahasa Melayu dua-dua membawa maksud "berlawanan arah" (turunan akar Austronesia *balik₁);[4][5] lalu boleh diterjemahkan terus sebagai "penerbalikan" atau "pembalikan [mayat]".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Madagascar's dance with the dead". BBC News. 16 August 2008. Dicapai pada 18 Disember 2013.
  2. ^ Alain, Jean-Paul (2015). "Famadihana". Dictionnaire de l'ethnologie malgache. Editions Publibook. m/s. 124.
  3. ^ McGeorge, Susan (1974). "Imerina Famadihana as a secondary burial". Archipel. 7: 21–39. doi:10.3406/arch.1974.1155.
  4. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*balik₁: reverse, turn around". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  5. ^ "balik". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. 3. songsang, berlawanan arah...