Perkuburan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Sebuah perkuburan atau tanah kubur (serapan Bahasa Arab: قُبُور qubūr bentuk jamak قَبْر qabr terbitan kata kerja قَبَرَ qabara "memakamkan";[1] "mengebumikan") ialah sebuah tempat yang dikhususkan untuk mengebumikan atau meletakkan jasad orang yang sudah mati dalam bawah tanah. Sebuah perkuburan boleh menempatkan orang maut sama ada di dalam tanah mahupun tidak, dan juga meliputi jenis-jenis lain seperti makam, kolumbarium atau struktur lain. Dalam sesetengah budaya, upacara pengebumian juga dijalankan di perkuburan berdasarkan adat dan keagamaan setempat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perkuburan prasejarah kadangkala digelar sebagai "lapangan kubur", dan berperanan sebagai tempat penemuan serta maklumat utama arkeologi berkenaan kemasyarakatan prasejarah. Pelbagai budaya arkeologi ditakrifkan berdasarkan adat pengebumian seperti budaya Urnfield dari Zaman Gangsa Eropah.

Perkuburan di tebing Sungai Danube, berdekatan Cernavodă, Romania.

Dalam Zaman Pertengahan Awal, pembukaan semula perkuburan serta olahan semula mayat atau bahan-bahan sampingan yang ditanam menjadi kelaziman di kawasan Eropah Barat dan Tengah.[2] Pembukaan semula perkuburan lazimnya berlaku dalam sistem perkuburan berjalur Eropah, terutamanya dari abad kelima hingga kelapan Masihi.[2]

Amalan ini mula merudum dan ditinggalkan pada awal abad ke-19 oleh kerana perkembangan Revolusi Perindustrian, penyebaran penyakit berjangkit berdekatan perkuburan serta ruang pengebumian yang semakin terhad. Di samping itu, kebanyakan negara Eropah bertindak mengharamkan pembongkaran semula kubur menerusi kaedah perundangan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 288. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ a b Klevnäs, Alison; Aspöck, Edeltraud; Noterman, Astrid A.; van Haperen, Martine C.; Zintl, Stephanie (August 2021). "Reopening graves in the early Middle Ages: from local practice to European phenomenon". Antiquity: A Review of World Archaeology. Cambridge: Cambridge University Press. 95 (382): 1005–1026. doi:10.15184/aqy.2020.217. eISSN 1745-1744. ISSN 0003-598X. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 August 2021. Dicapai pada 27 August 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]