Farid al-Ansari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Farid al-Ansari
FaridAlAnsari.jpg
Kelahiran1960
Er Rachidia, Maghribi
Meninggal dunia16 November 2009 (umur 49)
Istanbul, Turki
PekerjaanAhli akademik, ulama

Syeikh 'Allamah Farid Al-Ansari (Bahasa Arab: فريد الأنصاري‎) adalah seorang ilmuan bidang fiqh dan usul al-fiqh. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada malam Jumaat 16 Zulkaedah 1430 H, bersamaan hari Khamis 16 November 2009 M, di salah sebuah hospital di Turki tempat beliau menerima rawatan.

Beliau telah dilahirkan di wilayah Rachidia yang terletak di tenggara Maghribi pada tahun 1380 H / 1960 M. Beliau telah mula berkecimpung dalam arena gerakan Islam sebagai seorang aktivis dan pernah menyertai Belia Islam (sebuah organisasi Islam pertama di Maghribi) di saat kemuncak kecergasan vitalitinya. Beliau pernah menyertai "Persatuan Dakwah Islamiah" yang ada di Fes (salah sebuah wilayah di Maghribi), dan persatuan ini telah bergabung dengan beberapa persastuan Islami yang lain untuk membentuk "Perikatan Masa Depan Islami", dan selepas pembentukan ini perikatan tersebut telah bergabung dengan "Gerakan Reformasi dan Pembaharuan" lalu membentuk "Gerakan Tauhid dan Reformasi" pada tahun 1996. Namun begitu, beliau kemudiannya telah keluar dari gerakan tersebut (Gerakan Tauhid dan Reformasi) pada tahun 2000 demi melibatkan diri dalam medan dakwah secara umum melalui beberapa institusi "Lembaga Ilmiah / Majlis Ilmi" pada peringkat atasan dan tempatan di Meknes (salah sebuah wilayah di Maghribi).

Dari aspek perjalanannya dalam bidang keilmuan, beliau telah memperoleh:

  • Ijazah PhD dalam Pengajian Islam (pengkhususan Usul Al-Fiqh) dari Universiti Hassan 2, Mohammedia
  • PhD Kor Ketiga dalam Pengajian Islam (pengkhususan Usul Al-Fiqh) dari Universiti Mohammed V, Rabat
  • Master (Sistem Latihan Jurulatih) dalam Pengajian Islam (pengkhususan Usul Al-Fiqh) dari Universiti Mohammed V, Rabat
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Sultan Mohammed ben Abdellah, Fes

Antara karangan ilmiah hasil penulisan beliau ialah:

  • Penyatuan (Standardisasi) Dan Pesamarataan Dalam Pendidikan Dakwah (االتوحيد والوساطة في التربية الدعوية) - (juzuk satu dan dua) terbitan Kementerian Wakaf Dan Hal Ehwal Islam, Qatar. Ia telah diterbitkan melalui Rangkaian Kitab Masyarakat Qatar dalam dua keluaran (47 & 48) pada tahun 1416 H / 1995 M
  • Penyusunan Kajian dalam Ilmu Syariah: Cubaan Perungkaian Sumber Bermanhaj (أبجديات البحث في العلوم الشرعية: محاولة في التأصيل المنهجي) – telah diterbitkan melalui Penerbitan Al-Furqan, Casablanca tahun 1997
  • Lelampu Solat: Suatu Penulisan Tentang Kecantikan Tujuan Bersolat (قناديل الصلاة: كتاب في المقاصد الجمالية للصلاة) – cetakan Darussalam, Kaherah tahun 2009
  • Pengistilahan Dari Aspek Usul Al-Fiqh Pada Sudut Pandang Imam Syatibi (المصطلح الأصولي عند الشاطبي) – tesis PhD, terbitan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (المعهد العالمي للفكر الإسلامي) dengan kerjasama Institut Kajian Istilah, Fes, Percetakan An-Najah El-Jadida (مطبعة النجاح الجديدة) - Casablanca, cetakan pertama 1424H / 2004M.
  • Pelampauan Politik Dan Gerakan Islam Di Maghribi: Suatu Kajian Pengukuhan Sosial (الفجور السياسي والحركة الإسلامية بالمغرب: دراسة في التدافع الاجتماعي), terbitan Al-Furqan – Casablanca, cetakan pertama 1420H / 2000M.
  • Kesampaian Risalah Al-Quran (بلاغ الرسالة القرآنية), cetakan Dar As-Salam – Kaherah, 2009M.
  • Penampilan Wanita Dalam Islam Di Antara Jiwa Dan Persepsi (سيماء المرأة في الإسلام بين النفس والصورة), Terbitan Alwan Maghribia, cetakan pertama, Rabat Top Press 2003M.
  • Pemeteraian Janji Dalam Laluan-Laluan Pengenalan Kepada Allah (ميثاق العهد في مسالك التعرف إلى الله), percetakan Anfobrant – Fes, cetakan pertama, 1424H / 2003M.
  • Kekunci Cahaya: Suatu Kajian Terhadap Istilah-Istilah Kunci Bagi Keseluruhan "Risalah-Risalah Cahaya" Oleh Badi' Az-Zaman An-Nursi (مفاتح النور: دراسة للمصطلحات المفتاحية لكليات رسائل النور لبديع الزمان النورسي), terbitan Pusat Kajian Dan Penyelidikan An-Nur di Istanbul dengan kerjasama Institut Kajian Istilah di Fes, percetakan Nesal – Istanbul, cetakan pertama, 2004M.
  • Majlis-Majlis Al-Quran,
  • Pemahaman Konsep Sebagai Seorang Ahli Ilmu, percetakan Al-Kalimah – Meknes, Maghribi, cetakan pertama 2006M.
  • Enam Kesilapan Dalam Gerakan Islam Di Maghribi, percetakan Al-Kalimah – Meknes, Maghribi, cetakan pertama 2007M.
  • Fitrah Kebangkitan Semangat Reformasi Yang Mendatang: Dari Gerakan Islam Kepada Seruan Islam, Dar As-Salam – Kaherah, 2009M.
  • Pencerahan Dakwah Dan Fenomena Kepadatan Politik, percetakan Dar As-Salam – Kaherah, 2009M.

Dan di antara karyanya dalam bidang sastera ialah:

  • Dewan Qasidah: Syair, percetakan Al-Ufuq – Dar Al-Baidha, 1992M.
  • Janji: Syair, percetakan Anfobrant – Fes, 1997M.
  • Jadual-Jadual Roh: Syair, penulisan bersama dengan penyair Maghribi Abd An-Nasir Liqah, percetakan Sindi – Meknes, 1997M.
  • Dewan Isyarat, percetakan Dar An-Najah El-Jadida, terbitan Pendukung Warisan di Maghribi, 1999M.
  • Penyingkapan Yang Terselindung: Periwayatan, percetakan Anfobrant – Fes, 1999M.
  • Kuda Terakhir: Periwayatan, terbitan Dar En-Nil – Istanbul, 2006M.

Dan beliau merupakan seorang pengasas bagi Institut Kajian Istilah (yang merupakan cawangan dari Fakulti Sastera Dan Sains Kemanusiaan), dan pernah bertugas sebagai tenaga pengajar bagi subjek Tafsir di sebuah masjid lama di bandar Meknes, dan juga bagi subjek Usul Al-Fiqh dan Maqasid Syariah bagi Fakulti Sastera di Universiti Moulay Ismail di bandar Meknes di samping menjadi seorang anggota Perikatan Sastera Islam Antarabangsa.

Beliau juga merupakan ketua Bahagian Fatwa, Masyarakat dan Maqasid Syariah bagi pengajian peringkat Master di Universiti Moulay Ismail di bandar Meknes di samping menjadi ketua Lembaga Ilmiah / Majlis Ilmi bagi bandar Meknes. Karya-karya ilmiahnya yang terkini lebih menjurus ke arah penyerapan dakwah dalam menghasilkan ilmu syariah dan menyebarkan majlis-majlis Al-Quran dan menghayati kandungan risalah Al-Quran dan ia merupakan satu ikutan dari Percubaan An-Nursia (dinasabkan kepada seorang pendakwah Turki bernama Said An-Nursi).

Syeikh ini telah terkenal dengan kebenaran kepercayaannya dan keikhlasan niatnya dan kemolekan akhlaknya dan sifat merendah diri dengan masyarakat, dan tidak meletakkan segala harapannya pada dunia. Walaupun beliau telah menjawat banyak jawatan, akan tetapi beliau tetap hidup dengan penuh kesederhanaan sama ada dari aspek tempat tinggal, makanan mahupun pakaian. Di antara agenda dalam hidupnya ialah menyeru manusia untuk kembali kepada fitrah yang sempurna dan mengembalikan manusia kepada Al-Quran sebagai panduan dan meletakkannya sebagai asas dalam perlakuan, dan inilah antara perkara yang berlegar-legar di segenap penulisannya seperti kitab "Majlis-Majlis Al-Quran Dari Talaqqi Kepada Penyucian".