Fazziq Muqris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fazziq Muqris
Kelahiran
Muhammad Fazziq Muqris bin Mohd Shariff

(2000-06-29) 29 Jun 2000 (umur 23)
Nama lainFazziq Muqris
PekerjaanPelakon, model, personaliti media, penyampai radio
Tahun aktif2021–kini
Ketinggian172 cm (5 ka 8 in)

Muhammad Fazziq Muqris bin Mohd Shariff (lahir 29 Jun 2000) merupakan seorang pelakon, model, personaliti media dan penyampai radio Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya Fazziq Muqris bermula pada tahun 2021 apabila beliau menjadi salah satu daripada 12 finalis Hero Remaja pada tahun 2021 dan beliau berjaya mendapat tempat ketiga.


Pada tahun 2022 , beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon dalam membintangi drama Bunga Hati yang tayang di Astro Ria dan memegang watak sebagai Farizan. Nama beliau mula dikenali menerusi Projek: High Council. Pada tahun yang sama juga beliau menjadi penyampai radio di salah satu stesen radio iaitu Era . Beliau digandingkan bersama Munabella di segmen Daebak Era dari jam 8-12 malam sehingga 31 Disember 2022 dan digantikan dengan segmen PM 40 Era.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Fazziq Muqris dilahirkan di Subang Jaya, Selangor dan merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Bunga Hati Farizan Astro Ria Drama pertama
2023 Projek: High Council Zahrin

Radiografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Stesen
20 Ogos 2022 - 31 Disember 2022 Daebak Era Era
1 Januari 2023 - kini PM 40 Era