Astro Ria
![]() | |
Negara | ![]() |
---|---|
Kawasan siaran | ![]() ![]() |
Slogan | Dunia Hiburan Anda |
Ibu pejabat | ![]() |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Melayu |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Astro Malaysia Holdings |
Saluran kembar | Astro Prima Astro Oasis Astro Warna Astro Citra GO Shop BAARU Astro Rania Astro Aura GO Shop RUUMA |
Sejarah | |
Dilancarkan | ![]() ![]() |
Ditutup | ![]() ![]() |
Nama dahulu | RIA |
Ketersediaan | |
Satelit | |
![]() | Saluran 104 (HD) |
![]() | Saluran 104 (HD) |
IPTV | |
![]() | Saluran 608 (HD) |
Media penstriman | |
![]() | Astro GO / On Demand |
Astro Ria (awalnya menggunakan nama RIA hingga 28 September 2003) merupakan saluran televisyen aneka Melayu yang beroperasi selama 24 jam setiap hari bagi perkhidmatan satelit rangkaian Astro. Cogan kata dari Astro Ria adalah Dunia Hiburan Anda.
Astro Ria, Astro Prima, Astro Arena, Astro Warna, Astro Citra, Astro Ceria, Astro Rania, Astro Aura dan stesen radio dikawal oleh Astro yang mana siarannya berpusat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Astro Ria melancarkan siaran pertamanya pada 1 Jun 1996 serta beberapa saluran televisyen dalaman yang lain seperti Vaanavil dan Wah Lai Toi setelah sukses mendapatkan jumlah 22 saluran. Pada mulanya, Astro Ria menggunakan nama panggilan RIA hanya digunakan semasa dalam siaran di Astro. Ria ialah kata nama simbolik yang bermaksud kegembiraan, ekspresi dan kebahagiaan. Cogan kata utama saluran televisyen ini ialah Dunia Hiburan Anda salah satu elemen dari semua dunia hiburan untuk keluarga di rumah dipertimbangkan oleh kaedah saluran ini. Program televisyen pertama Astro Ria berbentuk permainan dengan kata-kata misteri dan hadiah jutaan ringgit serta sebuah kereta bertajuk Roda Impian sehingga lagu-lagu rakaman piring hitam dan petikan filem Melayu klasik dari era 50-an hingga 60-an, menonton filem Melayu klasik masa dulu sejarah dari era 50-an hingga 60-an berupa hitam-putih, rancangan permainan atau kuiz, kanak-kanak dan dokumentari.
Pada 6 Mei 2002, Astro Ria telah rasmi melancarkan rancangan berita bisnes dan kewangan dikenali sebagai Bloomberg RIA News yang pada asasnya ialah versi bahasa Melayu bagi Bloomberg Malaysia. Berita itu disiarkan pada pukul 10:45 malam pada hari bekerja. Hos pertama ialah Amir Mahmood Razak, yang akhirnya turut muncul untuk versi Inggeris. Rancangan ini diterbitkan oleh Amy Mahadi.
Pada 29 September 2003, perkataan RIA secara rasminya telah bertukar nama dan logo baharu kepada Astro Ria telah digunakan sempena ulang tahun ke-7 Astro, dilengkapi dengan dua segi empat tepat dan garisan melengkung di tengah. Perkataan "astro" (tanda perkhidmatan televisyen satelit) dalam huruf kecil di atas dan "RIA" dalam huruf besar masih digunakan di bawah dalam gabungan dua segi empat tepat.
Pada saat yang sama, Astro Ria melancarkan program berdasarkan siri TV Mexico, La Academia, bertajuk Akademi Fantasia. Peraduan itu mempertandingkan 12 penyanyi untuk menjadi pemenang. Rancangan ini menjadi begitu popular di Malaysia dan Brunei sehingga versi spin-off dibuat di Indonesia dan Thailand. Musim kedua telah dicipta, membolehkan penonton Brunei untuk mengundi juga. Pada musim ketiga, 14 peserta dan bukannya 12 peserta asal bersaing untuk pertandingan itu dan pemenang, Mawi serta-merta menjadi selebriti muzik. Musim keempat bermula pada Mei 2006. Bagaimanapun rancangan Akademi Fantasia sudah diberhentikan sejak tahun 2016 dan digantikan dengan Big Stage. Rancangan televisyen ini telah merekodkan sebanyak 13 musim bersiaran.
Astro Ria turut menganjurkan pelbagai acara tahunan berprestij dalam dunia hiburan seperti siaran Anugerah Era, Festival Filem Malaysia, Anugerah Siri Angkasa dan juga Siaran Awam UMNO yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Pada awal tahun 2008, Astro Ria muncul buat pertama kali di telapak telefon bimbit iaitu Astro Ria Mobile. Anda boleh menikmati akses melalui Astro Mobile TV dan Astro Ria Plus yang dilancarkan khusus sebelum menyambut Aidilfitri. Astro Ria mempersembahkan program istimewa yang lebih menghiburkan dan mesra ukhwah di hari raya Aidilfitri. Anda juga boleh menonton penstriman langsung secara premium di aplikasi telefon pintar dan tablet PC Astro On-The-Go.
Perkongsian Bloomberg TV dan Astro dibubarkan pada 29 September 2003 dan telah rasmi melancarkan rancangan berita dikenali sebagai Berita Astro. Astro News menghentikan pengeluaran pada penghujung Januari 2007 dan seterusnya melancarkan bahagian berita baharu yang mana Astro Awani telah dilancarkan pada September 2007. Rancangan berita utamanya Awani 7:45 turut disiarkan serentak di saluran ini setiap hari pada 19:45 MST. Singtel TV sedang menyiarkan saluran ini di Saluran 608 kerana Singtel TV telah menggunakan 3 digit sejak pelancaran Saluran Antarabangsa FOX melalui Singtel TV.
Selain Astro Ria Plus, pada 7 Mei 2019, Astro Ria telah mempersembahkan program blok televisyen yang menyiarkan nama Ria X, rangkaian blok televisyen daripada Astro Ria yang memuatkan siaran bual bicara dan siri televisyen dalam menyambut bulan suci Ramadan dan Aidilfitri. Ria X dengan kerjasama kumpulan saluran televisyen berbahasa Melayu iaitu Astro Ria, Astro Prima, Warna dan Naura.
Astro Ria HD[sunting | sunting sumber]
Astro Ria bersiaran buat pertama kali dalam format kualiti HD untuk siaran langsung terutama Konsert Akhir Akademi Fantasia musim kesembilan dan Let's Dance di nombor 124. Selepas itu, pada 29 Mei 2015, Astro Ria dengan format HD akan ditayangkan di nombor 123 berjudul Astro Ria HD dilengkapi dengan sistem bunyi Dolby 5.1.
Pada mulanya, Astro Ria menekan butang nombor saluran 3 pada alat kawalan jauh pegang tangan yang sepadan dengan satu senarai kedudukan. Tetapi kemudian nombor ini bertukar kepada 3 digit dan namanya ialah 104 buat kali pertama dengan format SD.
Perubahan nombor[sunting | sunting sumber]
Perubahan saluran dibuat mulai 1 Oktober 2007, selepas Astro memperkenalkan saluran 3 digit. Saluran tersebut adalah di bawah pakej Astro Family dengan saluran Melayu lain seperti Astro Prima, Astro Oasis dan saluran Indonesia dan Bahasa Malaysia Astro Aruna.
Berapa lama kemudian, pada 1 April 2020, nombor Astro Ria bertukar kepada 104 untuk pelayan HD dan 124 untuk pelayan SD. Pada 12 April 2021, siaran definisi standard menamatkan penyiaran dan bertukar kepada siaran definisi tinggi.
Azan[sunting | sunting sumber]
Semasa bulan Ramadan Astro Ria akan menyiarkan Azan Subuh dan Azan Maghrib sahaja.
Slot rancangan[sunting | sunting sumber]
Sedang disiarkan[sunting | sunting sumber]
Tidak disiarkan lagi[sunting | sunting sumber]
- DramaRia
- GegaRia
- LayaRia
- MisteRia
- RIAksi
- DramaVaganza
Galeri logo[sunting | sunting sumber]
Berikut ini adalah senarai logo Astro Ria:
Rancangan[sunting | sunting sumber]
Intisari rancangan Astro Ria turut diletakkan di akhbar tempatan, satu-satunya saluran berbayar di Malaysia yang sedemikian.[1][2][3][4][5][6][7]
Berita[sunting | sunting sumber]
- Awani 7:45: Rancangan Berita Nombor Satu di Malaysia Awani 7:45 adalah merupakan siaran malam (Tayangan serentak di Hello sehingga 30 September 2021). Ketika Hari Ini 8 bersiaran, rancangan ini telah dipendekkan sehingga jam 8:00 malam sahaja. Beberapa tahun kemudian, ia kembali kepada waktu asal, iaitu pada jam 8:30 malam bagi menggantikan Hari Ini 8 pada mula jam 7:45 malam dalam berita terkini dan antarabangsa. Mulai tahun 2021, rancangan ini telah kembali dipendekkan sehingga jam 8:00 malam untuk memberi laluan memulakan siaran rasmi iaitu Sinar Awani. Dengan slogan Rancangan Berita 24-jam Nombor Satu di Malaysia (Tayangan serentak di Astro Awani).
Bekas rancangan[sunting | sunting sumber]
- AF Megastar
- Anak Wayang (bersama Astro Prima)
- Akademi Fantasia
- Best Of AF6
- Akustik Hazama
- Berbaran Perlude Akademi Fantasia
- Dari Studio 1
- Dari Studio 1 Akademi Fantasia
- Diari Akademi Fantasia
- Durian Runtuh
- ERA TV
- ER 5
- Fear Factor Malaysia (sebelumnya di NTV7)
- Fenomania!
- Gegar U!
- Kaunter Kaboom!
- Kelab Pop
- Kring Kring
- Hello Bro, Tolong Masak!
- Hey Hazama!
- Ho Live
- Jangan Lupa Lirik
- Kaunter Kaboom! (bersama Astro Mustika HD)
- Konsert Akhir Akademi Fantasia
- Mania!
- Mari Menari
- M. Nasir Destinasi... Dunia
- MasterChef Malaysia
- MasterChef Selebriti Malaysia
- Muzik@RIA
- Nadi KL
- Raja Lawak Astro
- Roda Impian (sekarang di TV3)
- Sehati Berdansa
- Sunburst Concert
- Oh... Lelaki!
- On Air
- Rm. 1.000.000 Money Drop
- Studio 1 Akademi Fantasia
- The Band
- Wazzup Mila
Berkas rancangan khusus Aidilfitri[sunting | sunting sumber]
- Hello Bro, Tolong Masak Raya Ni!
- Jangan Lupa Lirik! Raya! Raya! Raya!
- Rumah Terbuka AF5
Berkas rancangan istimewa[sunting | sunting sumber]
- Konsert Kenangan AFnil Rindu Serindu Rindunya
- Konsert Aku Sudirman
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Intisari Rancangan Astro Ria". Utusan Melayu. 20 November 2016.
- ^ "Intisari Rancangan Astro Ria". Utusan Melayu. 25 Oktober 2014.
- ^ "PROGRAM Get It Beauty On the Road akan mula disiarkan di Astro". Berita Harian. 25 September 2018.
- ^ "Intisari Rancangan Astro Ria". Utusan Melayu. 18 September 2016.
- ^ "Intisari Rancangan Astro Ria". Utusan Melayu. 19 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-25. Dicapai pada 2019-01-24.
- ^ "Dewi Remaja kembali lagi eksklusif di Astro Ria, Ria HD malam ini". Utusan Borneo. 25 November 2018.
- ^ "Intisari Rancangan Astro Ria". Utusan Melayu. 25 September 2016.