Fedi Nuril

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fedi Nuril
Fedi Nuril.jpg
KelahiranFedrian Nuril
(1982-06-01) 1 Jun 1982 (umur 36)
Jakarta, Indonesia
PekerjaanPelakon, pemuzik, model
Tahun aktif2001-kini
PasanganCalysta Vanny Widyasasti (berkahwin 2016)
Kerjaya muzik
GenreRock alternatif
InstrumenKeyboard, gitar
Syarikat rakaman
Trinity Optima Productions
Kegiatan berkaitan
Garasi

Fedrian Nuril, juga dikenali sebagai Fedi Nuril (lahir 1 Jun 1982) ialah seorang pemuzik, model, dan pelakon Indonesia dan ahli kumpulan Garasi. Beliau dikenali sejak membintangi filem Garasi (2006) yang dibintangi oleh kumpulannya dan sebagai Fahri dalam filem adaptasi novel Ayat-Ayat Cinta (2008).

Biografi[sunting | sunting sumber]

Fedi memulakan kerjayanya sebagai model. Selain menjadi model catwalk, Fedi juga sering tampil sebagai penghias halaman depan majalah atau bintang iklan. Lulusan D3 dalam bidang Perakaunan di Universiti Indonesia ini kemudian mendapat tawaran dari Rudi Soedjarwo untuk membintangi filem Mengejar Matahari (2004). Setelah itu, Fedi seringkali beraksi untuk layar lebar, seperti Apa Artinya Cinta? (2005) dan Janji Joni (2005). Hingga pada 2006, Mira Lesmana menawarkannya membintangi filem Garasi (2006) bersama Ayu Ratna dan Aries Budiman. Dalam filem itu, mereka bertiga diceritakan sebagai anggota kumpulan Garasi. Meskipun filem ini sudah tamat tayangannya di pawagam, Garasi tetap berdiri teguh.[1]

Nama Fedi kembali menjadi bualan pada 2007, ketika Hanung Bramantyo mengarahkan filem adaptasi novel karya Habiburrahman El Shirazy, Ayat-Ayat Cinta. Pemilihan beliau sebagai Fahri mengundang kontroversi di kalangan pembaca fanatik novel asal kerana filem terdahulu Fedi menampilkan beliau bercium dengan perempuan bukan muhrim.[2][3]

Beliau berkahwin pada Januari 2016 dengan pasangannya Vanny Widyasasti setelah melalui proses Taaruf sejak April 2014.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2004 Mengejar Matahari Nino
2005 Janji Joni Jeffrey
2005 Inikah Rasanya Cinta ? Ryan
2005 Garasi Aga
2007 Tentang Cinta Ray
2008 Ayat-Ayat Cinta Fahri bin Abdillah
2009 Perempuan Berkalung Sorban Fahri
2010 Aku atau Dia Rama
2010 Menebus Impian Dian
2011 Get Married 3 Rendy
2012 5 cm Genta
2013 Moga Bunda Disayang Allah Karang
2014 Supernova Arwin
2014 Barakati
2015 Ayah Menyayangi Tanpa Akhir Juna
2015 Surga yang Tak Dirindukan Prasetya
2015 Doea Tanda Cinta Bagus Juga sebagai pengarah lakonan
2015 Heart Beat - Sebagai penerbit eksekutif
2016 Shy Shy Cat Otoy
2017 Surga yang Tak Dirindukan 2 Prasetya
2017 Ayat-Ayat Cinta 2 Fahri bin Abdillah

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Bersama Garasi

  • Ost. Garasi (2006)
  • Garasi 2 (2008)
  • Kembali (2011)

Iklan[sunting | sunting sumber]

  • Citra
  • Gudang Garam Merah
  • Espresso
  • Surga 12 Premium
  • Carvill
  • Mentar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Garasi Band, Debut Pertama di Film Sekaligus Musik, KapanLagi.com, diakses 2 Februari 2008
  2. ^ KISAH DIBALIK FILM AYAT-AYAT CINTA.....!!!!, diakses 28 Februari 2008
  3. ^ Fedi Nuril Ciuman Jomblo, diakses 28 Februari 2008
  4. ^ "Kisah Cinta Ta`aruf Fedi Nuril dan Vanny". dream.co.id. 17 Januari 2017. Dicapai 22 Januari 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]