Felda Lui Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Felda Lui Timur
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
Ditubuhkan: 1975
Diaktifkan: 1978
Pengurus: Mohd Ramli Bin Abdul Rahman
Telefon ,Fax 06-4691700
Bil peneroka asal: 540 orang
Bilangan rumah: -

Felda Lui Timur terletak di Felda Wilayah Raja Alias , di dalam Negeri Sembilan. FELDA adalah singkatan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau Federal Land Development Authority . Peneroka FELDA datang dari luar bandar dari pelbagai tempat atau pelbagai negeri. Majoriti peneroka FELDA adalah orang Melayu. Terdapat juga orang Cina dan India yang tinggal di rancangan ini. Felda Lui Timur adalah Tanah Felda yang kedua dibuka di dalam Gugusan Lui, selepas Felda Sungai Lui. En Kassim Bin Yaacob berasal dari Kelantan adalah Pengurus yang pertama bertugas dibantu dengan beberapa kakitangan ladang yang lain.

Diketahui umum, Felda Lui Timur telah mula menanam getah pada tahun 1975/1976 seluas 2288.32 hektar yang terbahagi kepada kawasan kampung seluas 173.04 hektar. Pada asalnya Felda Lui Timur mempunyai 601 orang peneroka yang terdiri daripada 25 buah blok. Tetapi kini Felda Lui Timur hanya mempunyai seramai 540 orang peneroka yang terdiri daripada 24 buah blok.

Pada permulaan kemudahan asas seperti api dan air belum disalurkan. Mereka terpaksa menggali perigi atau mencari anak sungai berhampiran bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian. Pada waktu malam, mereka hanya menggunakan pelita minyak tanah sebagai sumber pencahayaan. Keadaan ini berbeza dengan apa yang dilalui sekarang. Ada peserta yang lari meninggalkan rancangan kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang susah semasa baru dibuka. Pada tahun 1980, kerajaan telah memasukkan bekalan air paip ke kawasan rancangan. Pada pertengahan tahun 1984 barulah kuasa elektrik dibekalkan.


Pengurus Rancangan[sunting | sunting sumber]

Semasa Felda Lui Timur baru dibuka, FELDA telah menempatkan seorang pengurus yang berasal daripada Kelantan, Encik Kassim Bin Yaacob dibantu dengan beberapa kakitangan ladang yang lain. Pengurus yang bertugas di Felda Lui Timur kini adalah Encik Mohd Ramli bin Abdul Rahman. Berikut adalah senarai nama Pengurus bertugas mengikut tahun:-

BIL NAMA MULA HINGGA
1 MAT KASSIM BIN YAAKOB 1975 1983
2 MALIK BIN TAHIR 1983 1988
3 HAMDAN BIN SALLEH 1988 1990
4 HARIS BIN MAT TOP 1990 2004
5 MUSA BIN HASHIM 2004 2010
6 ABDUL SHUKOR BIN JALALLUDIN 2010 2013
7 IBRAHIM BIN OMAR 2013 2015
8 MOHD NASIR BIN BASRI 2015 2018
9 ANUAR BIN AB RAHIM 2018 2018
10 MOHD RAMLI BIN ABDUL RAHMAN 2018 HINGGA KINI


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Profil Rancangan Felda Lui Timur