Gugusan FELDA Palong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Gugusan FELDA Palong
Wilayah Raja Alias
Gugusan tanah rancangan
FELDA logo.svg
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriNegeri Sembilan Negeri Sembilan
DaerahNegeri Sembilan Daerah Jempol
Tanah rancangan
16 tanah rancangan
  • FELDA Palong 1
  • FELDA Palong 2
  • FELDA Palong 3
  • FELDA Palong 4, 5 & 6
  • FELDA Palong 7 & 8
  • FELDA Palong 9, 10 & 11
  • FELDA Palong 12 & 13
  • FELDA Palong 14, 15 & 16
Kerajaan
 • Pengarah FELDA WilayahSaifullah Mat Nor
Poskod
73430, 73440, 73450, 73460, 73470

Gugusan FELDA Palong merupakan salah satu kawasan tanah rancangan di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia terletak di bawah FELDA Wilayah Raja Alias. Gugusan FELDA Palong terletak dalam daerah Jempol dan terletak dalam kawasan DUN Palong. Gugusan ini merangkumi enam belas kawasan tanah rancangan, dan bersempadan dengan FELDA Palong Timur di Segamat, Johor dan FELDA Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Keadaan tanah pamah yang subur menggalakkan peneroka menjalankan aktiviti pertanian seperti tanaman kelapa sawit dan getah. Ia merupakan sebuah perkampungan pertanian separa moden dan didiami oleh penduduk berbilang bangsa. Lokasi kampung ini adalah strategik dengan kedudukannya yang bersempadan dengan tiga daerah iaitu Tampin dan Jempol, Negeri Sembilan dan Segamat, Johor.

Terdapat penempatan FELDA yang diletakkan secara bersebelahan dan membentuk pusat bandar atau pekan, iaitu FELDA Palong 4, 5 & 6; FELDA Palong 7 & 8; FELDA Palong 9, 10 & 11; FELDA Palong 12 & 13; dan FELDA Palong 14, 15 & 16. Manakala bagi FELDA Palong 1, FELDA Palong 2 dan FELDA Palong 3 ditempatkan secara berasingan.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Kampung ini juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan desa, sekolah rendah dan menengah, gelanggang futsal, masjid dan klinik desa.

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah-sekolah dalam Gugusan FELDA Palong diletakkan di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Jelebu/Jempol. Berikut ialah senarai sekolah rendah dan menengah:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]