Feleknas Uca

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Feleknas Uca, ahli Parlimen Eropah.

Feleknas Uca (lahir September 17, 1976) ialah seorang ahli Parlimen Eropah untuk Parti Demokratik Sosialisme (PDS), sebuah parti sayap kiri di Jerman. Pada suatu masa, beliau merupakan satu-satunya ahli parlimen Yazidi sehingga dewan perundangan Iraq dipilih pada tahun 2005.

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Feleknas Uca dilahirkan di Celle, Saxony Bawah, Jerman kepada sebuah keluarga Kurdistan. Beliau lulus dari Sekolah Komprehensif di Celle sebelum menyertai perantisan sebagai seorang pembantu doktor, dan menyiapkan Abitur-nya melalui pembelajaran berjarak.

Pada tahun 1999 ketika hanya berumur 22 tahun, Uca dipilih untuk Parlimen Eropah selepas mendapat tempat kelima antara enam tempat dalam senarai negara PDS. Dalam Parlimen Eropah Ke-5 (1999-2004), beliau menyertai jawatankuasa-jawatankuasa Parlimen untuk Kebudayaan, Pendidikan, Media, dan Peluang Sama. Uca juga merupakan ahli jawatankuasa parlimen bersama Kesatuan Eropah-Turki, serta juga penyokong yang bersifat terus terang kepada Leyla Zana, ahli politik Kurdistan Turki yang dipenjarakan. Beliau mengekalkan hubungan yang rapat dengan kumpulan-kumpulan jauh kiri di Turki dan terutamanya, dengan kumpulan-kumpulan nasionalis Kurdistan.

Dalam pemilihan calon PDS untuk pilihan raya Parlimen Eropah Ke-6 (2004-2009), Uca jatuh ke tempat ketujuh dalam senarai negara PDS, dan mengakibatkannya mengalami tekanan yang kuat. Walaupun demikian, PDS memperoleh bahagian undi yang lebih sedikit dalam pilihan raya pada tahun 2004 dan oleh itu, Uca dikembalikan ke Parlimen dengan mencapai tempat yang terakhir.

Sehingga tahun 2006, Feleknas Uca masih bujang dan masih tinggal di Celle.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]