Ferrari 599 GTB Fiorano

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ferrari 599 GTB Fiorano
Ferrari 599.JPG
Pengilang Ferrari
Syarikat induk Fiat
Pengeluaran 2006–
Pendahulu Ferrari 575M Maranello
Kelas Gran Turismo
Stail badan Berlinetta 2-kerusi
Reka letak Reka letak FR
Enjin 6.0 L Tipo F133F V12
Penghantaran 6-kelajuan manual
6-kelajuan berjujukan 'F1'
Jarak roda 2750 mm (108.3 in)
Panjang 4665 mm (183.7 in)
Lebar 1962 mm (77.2 in)
Tinggi 1336 mm (52.6 in)
Berat Curb 1690 kg (3722 lb)
Berkait Ferrari 612 Scaglietti
Perekabentuk Frank Stephenson di Pininfarina[1]

Ferrari 599 GTB Fiorano (kod dalaman F139) ialah model kemegahan Ferrari yang menggantikan 575 M Maranello. Pengenalan 599 GTB juga menandakan bermulanya era baru rekaan Ferrari iaitu bermulanya aplikasi material aloi aluminium sepenuhnya. Model ini mempunyai ruang yang lebih luas berbanding Maranello.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Susunan enjin yang mempunyai aplikasi yang sama dengan 550/750 Maranello dengan mengabungkan enjin kejuruteraan Model Enzo yang mencapai 612 kuasa kuda dan 8400 rpm untuk memantapkan kuasa enjinnya. Sistem transmisi flappy paddle telah dipertingkatkan kepada 'F1 Superfast' iaitu penukaran gear dalam masa 100 milisaat. Sistem mototronik dipanggil Manettino yang lebih bijak dengan melaraskan kuasa brek dan enjin yang lebih jitu.Penukaran butang Manettino kepada 'Race' atau 'sport' (F-1 Trac) akan memberikan cengkaman yang optimum antara tayar dan belakang. Penggunaan bahan aloi menjadikan 599 GTB lebih ringan sebanyak 100 kilogram jika dibandingkan dengan 575, meskipun mempunyai tambahan panjang sebanyak 250 milimeter.

Begitu juga dengan berat enjin V12 yang diringankan sebanyak 8% serta lebih padat. Tempat duduk seakan 612 Scagelietti. Garisan bumbung bentuk baru dengan rekaan dua penjuru belakang yang menyumbang 25 peratus kuasa tekanan. "Keseksian" ini turut menghasilkan berat 160 kilogram pada 300 ksj. Cirian menarik juga terletak pada damper yang mengimbangi kedudukan kereta yang boleh laras sepenuhnya. Ini bermakna 599 berjaya mengurangkan kesan bumping sehingga 30 peratus berbanding model terdahulu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "2006 Ferrari 599 GTB Fiorano". Supercars.net. http://www.supercars.net/cars/3347.html. Capaian 2007-11-20.