Pergi ke kandungan

Fibromialgia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fibromialgia
Keterangan
PuncaUnknown (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Organisma yang menghidapnyaOtot, Sendi, Sistem saraf pusat Sunting nilai ini di Wikidata
Jenis
Senarai Senarai
Gejala
Rawatan
PengkhususanReumatologi, neurologi
Kaedah diagnosisBerdasarkan simptom selepas mengecualikan kemungkinan punca-punca lain[1][2]
Langkah rawatanPsikoterapi, pemakanan seimbang, Perubatan alternatif, tidur Sunting nilai ini di Wikidata
Pengubatan
PrognosisJangka hayat normal[2]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Fibromialgia (FM) ialah keadaan perubatan yang dicirikan oleh kesakitan kronik yang meluas dan kesakitan yang bertindak balas terhadap tekanan.[3] Gejala-gejala lain termasuk keletihan sehingga kepada tahap yang menjejaskan aktiviti seharian, masalah tidur dan masalah dengan ingatan.[1] Sesetengah pesakit juga melaporkan sindrom kaki yang lenguh, masalah usus atau pundi kencing, kebas dan kesemutan serta sensitif terhadap bunyi bising, lampu atau suhu.[2] Fibromialgia sering dikaitkan dengan kemurungan, kebimbangan dan gangguan tekanan selepas trauma.[1] Jenis sakit kronik yang lain juga kerap berlaku.[1]

Punca yang menyebabkan fibromialgia adalah tidak diketahui, bagaimanapun, ia dipercayai bermula daripada faktor-faktor genetik dan persekitaran.[1][2] Keadaan ini berlaku dalam keluarga dan banyak gen dipercayai terlibat.[4] Faktor persekitaran mungkin termasuk tekanan psikologi, trauma dan jangkitan tertentu.[1] Kesakitan selalunya bermula dari sistem saraf pusat dan keadaan ini dirujuk sebagai "sindrom pemekaan pusat".[3] [1] Fibromialgia diiktiraf sebagai gangguan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan AS dan Kolej Rheumatologi Amerika.[2][5] Tiada ujian diagnostik khusus wujud untuk sakit ini.[2] Diagnosis melibatkan terlebih dahulu menolak kemungkinan penyebab lain dan mengesahkan bahawa beberapa set simptom hadir.[1][2]

Rawatan fibromialgia boleh menjadi agak sukar.[2] Doktor selalunya mengesyorkan pesakit mendapatkan tidur yang cukup, bersenam dengan kerap dan makan makanan yang sihat .[2] Terapi tingkah laku kognitif (CBT) juga boleh membantu.[1][6] Ubat duloxetine, milnacipran atau pregabalin boleh digunakan.[2] Penggunaan ubat sakit opioid adalah kontroversi, ini kerana kegunaannya kurang disokong oleh bukti [2][7] dan yang lain mengatakan bahawa opioid yang lemah mungkin munasabah jika ubat lain tidak berkesan.[8] Suplemen diet tidak disokong oleh bukti perubatan atau kajian untuk menyokong penggunaannya.[2] Walaupun fibromialgia boleh bertahan lama, ia tidak mengakibatkan kematian atau kerosakan tisu.[2]

Fibromialgia dianggarkan menjejaskan 2-8% daripada populasi.[1] Kadar pesakit wanita terjejas adalah kira-kira dua kali lebih kerap daripada lelaki.[1] Kadar jangkitan kelihatan konsisten di kawasan yang berbeza di dunia dan di antara budaya yang berbeza.[1] Fibromialgia pertama kali ditakrifkan pada tahun 1990, dengan kriteria yang dikemas kini pada tahun 2011.[1] Terdapat kontroversi mengenai klasifikasi, diagnosis dan rawatan fibromialgia.[9][10] Walaupun sesetengah merasakan diagnosis fibromialgia mungkin memberi kesan negatif kepada seseorang, penyelidikan lain mendapati ia bermanfaat.[1] Istilah "fibromialgia" berasal dari bahasa Latin Baru fibro-, bermaksud "tisu berserabut", Greek μυώ myo-, "otot", dan Greek άλγος algos, "sakit"; Oleh itu, istilah ini secara literal bermaksud "sakit otot dan tisu penghubung berserabut".[11]

  1. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Clauw, Daniel J. (16 April 2014). "Fibromyalgia". JAMA. 311 (15): 1547–55. doi:10.1001/jama.2014.3266. PMID 24737367. S2CID 43693607.
  2. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 "Questions and Answers about Fibromyalgia". NIAMS. Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mac 2016. Dicapai pada 15 Mac 2016.
  3. 1 2 "The use of opioids in fibromyalgia". Int J Rheum Dis. 14 (1): 6–11. February 2011. doi:10.1111/j.1756-185X.2010.01567.x. PMID 21303476.
  4. "Biology and therapy of fibromyalgia. Genetic aspects of fibromyalgia syndrome". Arthritis Research & Therapy. 8 (5): 218. 2006. doi:10.1186/ar2005. PMC 1779444. PMID 16887010.
  5. "Fibromyalgia". American College of Rheumatology. May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 March 2016. Dicapai pada 16 March 2016.
  6. Mascarenhas, Rodrigo Oliveira; Souza, Mateus Bastos; Oliveira, Murilo Xavier; Lacerda, Ana Cristina; Mendonça, Vanessa Amaral; Henschke, Nicholas; Oliveira, Vinícius Cunha (26 October 2020). "Association of Therapies With Reduced Pain and Improved Quality of Life in Patients With Fibromyalgia: A Systematic Review and Meta-analysis". JAMA Internal Medicine. doi:10.1001/jamainternmed.2020.5651.
  7. Goldenberg, DL; Clauw, DJ; Palmer, RE; Clair, AG (May 2016). "Opioid Use in Fibromyalgia: A Cautionary Tale". Mayo Clinic Proceedings (Review). 91 (5): 640–8. doi:10.1016/j.mayocp.2016.02.002. PMID 26975749. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2021. Dicapai pada 22 July 2020.
  8. Sumpton, JE; Moulin, DE (2014). Fibromyalgia. Handbook of Clinical Neurology. 119. m/s. 513–27. doi:10.1016/B978-0-7020-4086-3.00033-3. ISBN 9780702040863. PMID 24365316.
  9. "Fibromyalgia syndrome: classification, diagnosis, and treatment". Dtsch Arztebl Int. 106 (23): 383–91. June 2009. doi:10.3238/arztebl.2009.0383. PMC 2712241. PMID 19623319.
  10. Wang, SM; Han, C; Lee, SJ; Patkar, AA; Masand, PS; Pae, CU (June 2015). "Fibromyalgia diagnosis: a review of the past, present and future". Expert Review of Neurotherapeutics. 15 (6): 667–79. doi:10.1586/14737175.2015.1046841. PMID 26035624.
  11. Bergmann, Uri (2012). Neurobiological foundations for EMDR practice. New York, NY: Springer Pub. Co. m/s. 165. ISBN 9780826109385.