Fightersband

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fightersband [1] merupakan kumpulan muzik thrash metal Malaysia dibentuk pada tahun 2011 di Shah Alam, Selangor bersempena sebuah gig muZzy & Friends yang juga dilakukan atas jasa baik PentasAksi. Diasaskan apabila Spikey Fidz juga seorang ahli dari kumpulan KalamMalaya yang dicipta pada tahun 2007, komposer dan penulis lirik lagu ini yang mencadangkan kumpulan FightersBand dibentuk agar mampu menjalinkan kerjasama dalam kalangan pemuzik indie malaysia, ahli-ahli FightersBand terdiri daripada Spikey Fidz selaku gitar kedua atau gitar irama dan penyanyi, Zhaff Rahmat gitar utama dan Syah Saari selaku pemain bass.

[1][perlu rujukan]

Single keluaran awal FightersBand Celaru, dibantu oleh muZzy selaku penata audio dan jurutera dibantu pada ketika itu oleh JS Muzix yang menyumbang dana untuk rakaman dan pengangkutan telah membuatkan band ini semakin giat melakukan rakaman.

Malangnya Single Celaru tidak mendapat perhatian, dan mereka mengeluarkan single bertajuk Jika Aku Yang Kau Mahu yang bergenre mix akustik thrash telah menarik lebih 900 pendengar dari Soundcloud kerana berjaya memasuki carta SuriaRock di Suria FM[perlu rujukan] walau asalnya mereka tidak dikenali langsung dalam tempoh 3 tahun itu.

Pada pertengahan tahun 2013, FightersBand kehilangan punca apabila JS Muzix yang selama ini menjadi tempat mereka bernaung dan membuat latihan telah menarik diri dari pengurusan kerana kegagalan menjalin kesefahaman. Kerana itu, FightersBand terpaksa mengambil pendekatan untuk mengumpul dana dengan bergerak perlahan dan bekerja selain bidang muzik.

FightersBand telah mengeluarkan tiga studio single, satu Estended Play (EP), Kumpulan muzik ini mempunyai niat untuk menaikkan bunyi genre OldSchool Thrash yang diyakini jujur dan bersahaja dan mempunyai fokus pada lirik dan mesej yang ingin disampaikan sukar mendapat perhatian peminat di tanah Malaya menyebabkan mereka mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan lebih produktif dari segi penghasilan lagu dan mengurangkan pendedahan awam dan acara-acara gig sementara mencari penaja yang baru.

  1. ^ SpikeyFidz. "KAMI SUDAH MASUK CARTA UNDIAN FB SURIA FM", SuriaFM, 4 Mac 2013, dicapai pada 19 Ogos 2013.