Kabus Tengahari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Kabus Tengahari)
Kabus Tengahari
Pengarah
Dibintangi
Tarikh tayangan
  • 22 Februari 1982 (1982-02-22) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 2 600,000.00
Pecah panggungRM 447,260.93

Filem Kabus Tengahari merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1982. Filem Kabus Tengahari diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Kabus Tengahari mula ditayangkan pada 22 Februari 1982 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Sarimah Ahmad, Aziz Jaafar dan ramai lagi.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Kabus Tengahari diarah oleh pengarah S. Sudarmaji dan Sarimah Ahmad pada 1982.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Junaidah dipenjarakan kerana mencederakan suaminya yang tidak bertanggung jawab. Setelah dibebaskan, Junaidah dilamar pula oleh Burhanudin, seorang ahli perniagaan yang telah kematian isteri. Burhanudin mempunyai seorang anak lelaki, Johari yang sedang menuntut di Sydney manakala Junaidah pula mempunyai seorang anak perempuan bernama Syakila. Johari terpaksa pulang ke Malaysia kerana keputusan pelajarannya yang merosot. Dia merasa kurang senang dengan tindakan ayahnya yang berkahwin dengan seorang bekas banduan tanpa pengetahuannya. Dalam diam Johari menjalinkan hubungan cinta dengan Syakila tanpa pengetahuan orang tua mereka. Hubungan dalam keluarga Burhanudin semakin tegang, tambahan pula dengan kehadiran bekas suami Junaidah yang masih berdendam dengannya. Nasib malang menimpa Junaidah apabila dia lumpuh sebelah tangan dan kaki setelah ditikam oleh bekas suaminya itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Menanti Hari Esok*

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]