S. Sudarmaji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
S. Sudarmaji
S. Sudarmaji.jpg
S. Sudarmaji pada tahun 1960an
KelahiranSyed Sudarmaji bin Syed Abdullah
(1923-06-19)19 Jun 1923
Jogjakarta, Hindia Timur Belanda (kini Indonesia)
Meninggal dunia23 April 1989(1989-04-23) (umur 65)
Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianKencing manis dan komplikasi buah pinggang
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Suntax, Batu Sembilan, Cheras, Kuala Lumpur
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis lirik, penulis skrip, guru tari
Tahun aktif1948 - 1989
PasanganKamsini Kamijo (meninggal dunia)
AnakSri Rahayu Syed Sudarmaji (lahir 1952)

Syed Sudarmaji bin Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai S. Sudarmaji (19 Jun 1923 - 23 April 1989)[1] merupakan seorang pelakon, pengarah filem, penulis skrip, penggubah lagu dan penulis lirik terkenal di Malaysia sezaman dengan P. Ramlee.

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Syed Sudarmaji bin Syed Abdullah dilahirkan pada 19 Jun 1923 di Jogjakarta, Hindia Timur Belanda (kini zaman moden Indonesia). Beliau memulakan kerjayanya dengan Malay Film Productions pada tahun 1948 sebagai kerani kontinuiti. Beliau mempunyai latar belakang seni – boleh menulis lirik, berlakon, menyanyi lagu-lagu keroncong dan menari tarian Jawa dan Bali.

Allahyarham merupakan seorang seniman yang berbakat, selain berlakon, beliau juga merupakan seorang pengarah filem, penulis lirik, penulis skrip dan guru tarian. Sebagai Pelakon, antara filem lakonan beliau ialah, Tiga Abdul (1964), Nasib Si Labu labi (1962), Antara Dua Darjat (1960) dan Hang Tuah (1956). Sebagai Penulis Skrip, antara filem yang beliau tulis ialah, Penarek Becha (1955), Semerah Padi (1956), Sumpah Orang Minyak (1958) dan Nasib Si Labu-Labi (1962). Antara filem arahan beliau pula ialah, Detik 12 Malam (1979), Perjanjian Syaitan (1981), Langit Tidak Selalu Cerah (1981) dan Kabus Tengahari (1982). Sebelum menduduki kerusi pengarah, beliau terlebih dahulu menimba pengalaman sebagai Penolong Pengarah, antara filem yang terlibat ialah, Bujang Lapok (1957), Sarjan Hassan (1957), Ali Baba Bujang Lapok (1961), Seniman Bujang Lapok (1961), dan Ibu Mertuaku (1962).

Sebagai penulis lirik, Allahyarham dikatakan telah menghasilkan lebih kurang 128 buah lirik lagu, antara yang popular ialah "Getaran Jiwa", "Putus Sudah Kasih Sayang", "Jeritan Batinku", "Bunga Melor", "Rukun Islam Lima Perkara" dan "Bahtera Merdeka".

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

S. Sudarmaji meninggal dunia pada 23 April 1989 di Hospital Besar Kuala Lumpur akibat komplikasi sakit kencing manis dan buah pinggang, ketika itu beliau berusia 65 tahun.[2][3][4] Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Suntax, Batu Sembilan, Cheras. Beliau meninggalkan seorang isteri, Kamisah Kamijo, yang meninggal dunia pada 11 September 1998 pada usia 90 tahun akibat sakit tua dan seorang anak perempuan, Sri Rahayu, yang pernah popular dengan watak Ayu, kanak-kanak yang sering meminta upah 20 sen daripada Sudin dalam filem Bujang Lapok.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1955 Penarik Beca Penulis skrip
1956 Hang Tuah
Semerah Padi Penulis skrip
1957 Bujang Lapok Penolong pengarah
Sarjan Hassan Penolong pengarah
1958 Sumpah Orang Minyak Penulis skrip
1959 Pendekar Bujang Lapok Pekerja Taukeh Sampan
1960 Antara Dua Darjat Pemain Biola / Marakas
1961 Seniman Bujang Lapok Penolong pengarah Pelakon undangan
Ali Baba Bujang Lapok Penolong pengarah
1962 Nasib Si Labu Labi Cikgu Sudar Penulis skrip
Ibu Mertuaku Penolong pengarah
1964 Tiga Abdul
1968 Ibulah Syurga Pengarah
1979 Detik 12 Malam Pengarah
1981 Perjanjian Syaitan Pengarah
Langit Tidak Selalu Cerah Pengarah
1982 Kabus Tengahari Pengarah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pusat Rujukan DBP
  2. ^ "S. Sudarmaji meninggal dunia", Berita Harian, 24 April 1989.
  3. ^ "S. Sudarmaji meninggal", Utusan Malaysia, 24 April 1989.
  4. ^ "Veteran actor and director S. Sudsrmaji passes away", New Straits Times, April 24, 1989.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]